Wednesday, March 2, 2011

Ribena pulak?? Lepas nie jangan sirap sudaa~

Artikel nie cintabungablogspot terbaca kat email yang diterima, minta tolong rakan blogger yang mengetahui untuk kongsi maklumat untuk mendapatkan kesahihan sebenar. 

Cik Bunga  minat giler minum ribena nie oiii... 
sampaikan da besar panjang nie pon Cik Bunga layannn~ heheh...


JOM TERJAH!

RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK???





LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.

'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,'


Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.


Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena

 
 Ape yang dimaksudkan 5 perasa tu wallahua'lam..
Ade adik? anak? kakak or abang yang minum RIBENA?
 Same² kita cari kepastian pasal isu nie.


Andai kata berita nie yang salah, apa pulak buktinya...?
Sama² kita bantu saudara ISLAM kita yer kawan² supaya tidak terlajak lebih jauh.

Hari nie RIBENA, esok lusa ape la pulak...

Nauzubillah

6 comments:

Norsyakiela said...

ribena pulak ker????adoiiii,kiela hard die fan ribena nie,huwaaaaaaaaaa

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

dulu kecik2 minat la minum ribena.. skrg dh besar.. ape barang... minum redbull la.. hahaha

PinKy MoMMa said...

haaa...??
baru je beli ribena ms g jom heboh ari tu huhuhu..
ades..gud info cik bunga!
eh u dh mik award for my followers x?
kalau lom..jemput ler amik ye..i dh mik ur award ;p
eppy blogging dearie =)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Syakiela ~ heheh... sabo ehh dik oii. kite kene siasat dulu wokeh :)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

top ~ ecehh... padahal memalam bute tdo wat ribena jugak kan? kan? hihihi :P

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Pink Momma ~ aloloo... tu tak sure lg la mama. kene dptkan kepastian yg kukuh dulu. heheh... dah amek smlm award tu, tenggg! terharu cintabungablogspot :P

TOP
Aii, takkan tengok je:)
 

Copyright © 2011 Reserved to ♥.::C i N t ª β u N g ª::.♥