Monday, November 29, 2010

Profesional Body Painting

Berjalan² kat Ekspo MITC, kununnyer dengan harapan ingat de IT Fair rupenyer home accessories nyer fair daa... IT bulan Disember nantey. Tapi berbaloi la jugak, jalan cuci mate. nengok barang kelengkapan umah.. paling terpesona ngan TV high resolution 3D..  mak uihh, memang sharp giler ar..testing power lagik (bile la agaknyer dapat beli..) mane la taw da kawen nntikan...dapat beli sebijik untuk kat umah sendiri, hehehe (tinggi sungguh angan²!)  

   last minit taw de nie, law dtg awal mesti lg syok! ermm..




memang real ahh, ngatkn pokok hiasan dalam dewan tadi upenyer owang. hik3 ^^

 i loike this one! sgt chumel muke die kann :)

mak pun nak jugakk ;)

 agak seksi sket, so t'pakse touch up... nie pon santek!!

Thursday, November 25, 2010

Khasiat Air Putih





8 sebab yang nak dkongsikan kepada kowunk semua tentang kebaikan minum air putih.

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat gurl² yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser 
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan 
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia. Ingat tu!

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.



* mesti kowunk sumer pelik nape la entry skunk nie sal kesihatan jek ka, heheh... btw, skunk kang cuace tak menentu so mcm² penyakit leh dapat. jadik, same² la share tips mane yang patut utk kwn² jugak. heheeeee ~

Awasi Tiroid Sebelum Ia menjadi Kanser

Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh.Kebiasaannya  kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah.Penyakit tiroid terjadi apabila hormon yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang dikenali sebagai hypothyroidism.
Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi meraqh atau ia membentuk satu benjolan.Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama dikalangan wanita berbanding lelaki.Oleh itu golongon yang kerap berisiko menghidapinya adalah wanita.
1-Hyperthyroidism
-Ia berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah.Ia memberi kesan sepuluh kali tinggi terhadap wanita berbanding lelaki,ini boleh berlaku secara berterusan di dalam sesebuah keluarga.Tanda- tanda yang anda mungkin mengalami hyperthyroidism ialah :
  
  *Denyutan jantung yang laju
  *Sentiasa gelisah
  *Timbulnya perasaan marah
  *Penurunan berat badan
  *Rambut gugur
  *Sukar untuk tidur (insomnia)
  *kurang daya tahan terhadap kepanasan
  *Pusingan haid tidak teratur
  *Mata menjadi besar
  *Turun berat badan mendadak walau selera naik
  *Cirit Birit
  *Lemah tubuh badan
  *Osteoporosis


2-Hypothyroidism
-Ia terjadi adalah kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah, ini akan memperlahankan sistem tubuh badan dan selalu menyerang golongon berumur 40 tahun ke atas dan golongon yang berisiko adalah wanita.Penyebab hypothyroidism ini adalah kerana  antibodi dan sel darah putih menyerang tiroid.Tanda-tanda penyakit ini ialah :
  *kurang tenaga
  *Rasa sejuk
  *Denyutan jantung perlahan
  *Depresi
  *Berat badan bertambah
  *Kurang daya ingatan
  *kulit kering
  *Rambut gugur
  *Sembelit
  *beguk
  *Nafsu seks turun
  *Suara serak




3-Beguk
-Ia adalah pembesaran atau pembengkakan kelenjar tiroid.Apabila ia berlaku menunjukkan ada masalah dengan tiroid.Kekurangan iodin boleh sebabkan beguk.tanda-tanda beguk ialah :
 *Rambut kering
 *Bengkak di tengkuk
 *kehilangan berat badan
 *Perubahan haid
 *jantung berdebar-debar
 *cepat marah
 *mata jadi besar
 *perubahan kadar metabolisme



Dalam kes-kes teruk beguk boleh menyebabkan seseorang sukar bernafas dan menelan.



4.Kanser Tiroid
-Benjolan yang terdapat di di tiroid.Lebih 90 peratus benjolan bukanlah kanser.Selalunya dapat dibuang melalui pembedahan samada dibuang semua atau sebahagian sahaja sahaja.Kanser tiroid peringkat awal tidak menunjukkan sebarang kesan.namun semasa kanser membesar,tanda-tanda kanser tiroid akan mula terasa seperti :
 *benjol di bahagian depan leher
 *Sukar untuk bercakap dalam suara yang normal
 *Sukar menelan dan bernafas
 *Rasa sakit di tekak dan leher



Nauzubillah... to all readers, take care urself okeh.. :)



SSF Home Deco

Memandangkan cuti raye Qurban yang lame (dah macam cuti raye puase lak) teheee.. so, meronggeng lah kami bersame owang JB.. hik3.. sgt sronok, tapi law dok lame lagik kan best.. nie x abes round lagik pon, camner nk dapat sijil pemandu pelancong Melaka yang cemerlang neyh.. huuu ~.~ minggu nie adalah minggu yang paling bahagia buat kitowunk sekeluarge... bende yang tak dijangke² pon dibuat mase tu, pe kebendenyer tu?? nanti la ekk... Biarlah rahsia dulu.. ♥ jom nengok gambar² yang sempat d'capture walaupun dah kene "semboh" ngan satff SSF Home Deco (yang b'jahit dikening).. igt lagik dialog die. . . . . 

"Adik, tak boleh ambik gambar ye" kate si staff berjahit d'kening tu

 Kitowang ngan muke selambe pon amek lagik kat tempat pinggan magkuk, hiasan dalaman yang laen. hantaran pink... hijau... hitam.. amek dan terus amekk....urghh, memang cantek giler, rase cam nak kawen skunk jek ^^ uppsss, heheh...

click sane click sini..
(seyes tak dengar staff tu ckp TAK BOLEH)

maka..... terkeluar suare yang makin kuat kedengaran..

"Kat sini tak boleh amik gambar ehhhh" dengan muke yang ketat.. (ceh, bajet cun la tu bile marah)

 Alammaakkkkkkkk.......
muke maintain cam owang tak bersalah, simpan camera slow²... cube sembunyik kat celah² bunge, kunun nak control macho! hahah... sambil jalan mulot pon ngomel..


"Elehh, Pedulik pe aku!"

hahaha.....jahatnyer















Tuesday, November 23, 2010

Mengawal Kemarahan Sebelum Memakan Diri

Marah adalah emosi manusia yang memang normal dan sihat tapi apabila ia  tidak dapat dikawal, emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian dan menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang. Rasa marah ini boleh disebabkan perihal dalaman dan luaran. Biasanya ia melibatkan perubahan fisilogikal dan biologikal seseorang ketika marah,tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga, adrenalin dan noradrealine jadi jika anda ingin hidup gembira dan sihat kawal kemarahan anda sebaiknya.


Caranya adalah seperti berikut :

1.Bertenang
-Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda. Ambik nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda, bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut.Secara perlahan-lahan ulangi perkataan ‘bertenang’ dan ‘jangan susah hati’, ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.

2.Susun semula pemikiran
-Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran.J adi setiap kali marah ,tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda “ia sungguh mengecewakan”, “ia memang teruk”, atau “saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal”. Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda.

3.Selesaikan masalah
-Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya, selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.

4.Komunikasi yang baik
-Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat.Jika mengfhadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-pap.Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.

5.Bertukar angin
-Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah. Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.

6.Marahlah secara sihat
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri


** Kita sama² cube kawal kemarahan ea cayunk.. Love u **

Tuesday, November 16, 2010

Beraye lagi =)

Salam Aidiladha diucapkan buat seluruh umat islam di dunia.
Hati² memandu bagi yang berkereta / motor, untuk yang nek bas plak.. banyak² kan membaca doa. Semoga  Allah melindungi perjalanan kita semua dari sebarang malapetaka. Aminn...

Salam ikhlas dari Ikmal & Ira

Serta family...

Wassalam

Thursday, November 11, 2010

Jom tengok 2 Alam 18hb nie!

Macam² cite yang tak sedap didengar jek sal filem arahan Dr Rozmey nie. Kabarnyer die cam bagus sangat, ngan rambot die tu... Yela, mane taknyer... baru 1st time wat filem da hu..ha..hu..ha...dalam paper, majalah, melodi, lagi pe tah... pastu target keuntungan yang die akan dapat untuk filem tu dalam RM40juta!!! mak uihh, tak hagak²... yang lagi berbulu penerbit laen mendengarnyer, filem tu dapat tercalon mase Festival Filem Malaysia ke-23 (2010) aritu untuk Pelakon Harapan Wanita. wahhh... Syabbas Inspektor sahab! erkhh, terselit industan plak.. ^_^


So pe lagi jom dok survey ar jap pape info sal cite 2 Alam... Jom kite terjahhh!~


Hah! baru jek tengok trailer filem tu kat GSC online.. Macam agak menarik jugak! Mule² nengok kategori die.. Filem tu dikategorikan dalam filem "Ngeri"???... wooo, i like it! suspen² gitu...lagi ++ menarik minatku. Pastu sistem audio yang die pakai lak Dolby sound... perghhh, memang ngancam ar.. tapi kene tengok dulu la cite tu ngancam ke tak kann... ermm... Nie de sikit sinopsis sal filem tu untuk share ngan uol's especially peminat filem² serammm....ngeee~~ layannnnnn~~~~



Sinopsis:
Kisah bermula di sebuah kampung terpinggir yang mana masyarakat sibuk dengan persiapan bagi menyambut ketibaan jenazah Amy@Adam Bin Zainal dari kota. Ketika ibu bapanya, Halimah dan Zainal yang lumpuh bersedih, Uztaz Ishak, teman Adam dari kecil sibuk mengatur urusan. Jenazah tiba bersama kesukaran untuk mengendalikannya. Jenazah Amy menjadi berat dan kaku mengeras mendatangkan kesukaran kepada semua yang ada. Dipaparkan juga kisah hidup Amy yang setelah kembali dari London, hidup bersekedudukan dengan Juan Agustin, juga seorang penyanyi popular yang sama dengannya. Amy dan Juan Agustin hidup dilimpahi dosa serta hiburan melampau tanpa batasan. Akhirnya ketika leka, Juan Agustin disamun dan dibelasah manakala Amy dilarikan lalu dirogol bergilir-gilir oleh tiga pemuda. Juan Agustin selamat lalu melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Amy berang kerana tahu bahawa reputasi dan rahsianya menukar jantina dengan cara pembedahan di masa lalu terbongkar maka terjadilah pergaduhan dengan Juan Agustin yang berakhir dengan perpisahan. Dunia Amy musnah, tertekan, bersendirian dan kecewa. Amy nekad membunuh diri. Turutan dari itu jenazahnya kembali ke kampung seperti di awal cerita.. Setelah berjaya mengharungi dugaan, Ustaz Ishaq bersama penduduk kampung membacakan talkin di kemuncak kisah ini. Namun ianya tidak dapat membendung akan dosa berat Amy.


Aaron Aziz: (Pelakon Utama)
Mohd Nazim B. Md Shah:Jan (Pelakon Pembantu)
Adrea Abdullah:Norazita (Pelakon Pembantu)
Sabree Fadzil:Zainal (Pelakon Pembantu)
Rosnah Johari:Halimah (Pelakon Pembantu)


CayuNk!!! nengok cite 2 Alam next week yokk!!! hehehe... see u there haa...
              

Mane pegi RM1?


????????????????????????????????

mane peginyer RM1 itu? yeaah, mari mengira same²...

Friday, November 5, 2010

The day of deepavali, hehe.. mangun pepagi jek da layan lagu industan, abes 1 umah bergegaw. (cian kat adekKu, nak tdo pon x sng..) hahaha... sekali sekala camney pon okeh gak what? salah satu care to release tension & ilangkan stresssss~ hehehe..

pojek di'hari raye nie pe lagik, kuar meronggeng arr.. ngan sape??? ngan adek lorrr, bukan ngan sape.. my dear pon skunk kat jeyb.. ajak membe skola sumenyer de hal, cittt~ patah atiey aww, sampai ati kowunk..
Okie la readers, pojek nak start da ney.. let's go to dataran pahlawan ! Vongehh~ Vonggehhh~~ hahaha..

HAPPY DEEPAVALI to all..



Wednesday, November 3, 2010

Usir 5 RACUN nie!

Pasangan yang sedang bercinta sering merasakan hidup mereka begitu indah dan bahagia. Namun jangan terlalu selesa dengan hubungan cinta yang terjalin.

Hakikatnya, cinta seperti sepohon pokok yang baru ditanam. Ia perlu sentiasa dibaja dan disiram agar kekal subur. Jangan sekali-kali membiarkan pohon yang anda jagai itu dimakan anai-anai, ulat atau serangga perosak yang lain.

Begitu jugalah dengan cinta. Kasih sayang yang melimpah ruah bukan jaminan untuk memastikan cinta yang terjalin itu akan kekal bahagia selamanya.

Namun apa yang paling penting, jauhkan percintaan yang terjalin daripada racun² yang boleh merosakkan dan akhirnya, membinasakan cinta. Paling bahaya, racun cinta selalunya bukan hadir daripada orang lain, sebaliknya wujud di dalam diri kite sendiri.

Mungkin kowunk tak taw racun yang dimaksudkan. Oleh itu, jom ikuti panduan dibawah. Usir racun yang ada di dalam diri kowunk (kitowang pon same) itu dan tukarkannya dengan penawar yang bersesuaian.
 


Racun 1: Berbohong
Apabila si dia mengajak anda makan di restoran makanan segera kegemarannya, anda sentiasa mengikut tanpa sebarang bantahan. Kemudian apabila si dia bertanya tentang makanan yang dihidangkan, anda menyatakan makanan di situ sangat sedap dan kena dengan selera anda. Hakikatnya di dalam hati, anda merungut kerana tidak berselera menjamu selera di situ dan berharap itulah kali terkahir anda menjamu selera di restoran tersebut
(Honestly we'r not do that, so kowunk sendiri mau ingatlah padahnyer bile da kantoi menipu okie?!)

Penawar: Jujur

Pembohongan paling elok jika digantikan dengan sifat jujur dan berterus-terang. Mungkin untuk kali pertama anda terpaksa berbohong kerana tidak sampai hati untuk mengecewakannya. Tetapi jika pembohongan demi pembohongan anda lakukan secara berterusan, nescaya ia akan memakan diri anda sendiri pada masa akan datang. Tidak perlu takut untuk mengatakan perkara sebenar kerana kejujuran yang anda nyatakan lebih bermakna kepada si dia daripada menjamu selera di restoran tersebut.
(loyalty each other, we've do!)

Racun 2: Egois
Tidak dinafikan di dalam diri setiap individu punya sikap ego walaupun kecil. Malah ada juga segelintir orang yang mahu keinginannya dituruti walaupun untuk perkara-perkara yang terlalu kecil. Namun harus dingat, permintaan tersebut perlulah relevan dengan keadaan dan situasinya.


Apabila si dia menolak permintaan anda, mulut anda tidak henti-henti mengomel dan menuduh si dia mementingkan diri sendiri. Namun apabila anda diminta melakukan sesuatu dengan mudah anda menolak. Apabila si dia memberontak, anda tuduh pula si dia tidak mengerti perasaan anda. Langsung tiada tolak ansur dalam hubungan yang terjalin.
(stiap kali gado my dear slalu ckp yg saye ego, isk3... saye terima teguran tue n ngah cube jugak untuk mengurangkan ego nie walaupun kekadang tu terlepas jugak. I'm so sorry dear.. ♥ u.. Saye akn cube jadi yang terbaik utk si dia, insyaAllah.. amin)


Penawar: Memahami
Salah satu kunci keharmonian dan kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan adalah sikap saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain. Memang diakui adakalanya sukar untuk menahan diri kita daripada terus bersikap egois, namun ada masanya kita juga perlu memikirkan hati dan perasaan orang lain.

Cara terbaik untuk menghilangkan sikap egois dalam diri anda, cubalah letakkan diri anda di tempat pasangan anda apabila anda meminta si dia melakukan sesuatu. Fikirlah wajar atau tidak permintaan anda itu dituruti dan adakah diri anda sendiri sanggup untuk melakukannya? Apabila anda sentiasa berfikir begitu, keputusan serta permintaan yang keluar daripada mulut anda pastinya lebih rasional dan tidak diselubungi oleh perasaan egois semata-mata.
(Trust each other, we've do!)

Racun 3: Curiga
Seorang lelaki / wanita menelefon bf / gf anda. Tanpa sebarang usul periksa anda mengatakannya curang. Pada mulanya, pergaduhan yang tercetus hanya kecil sahaja tetapi anda terus mengungkit kisah-kisah lama termasuklah hubungannya dengan bekas kekasih dahulu.

Sedangkan lelaki / wanita yang menelefonnya itu hanyalah teman sepejabat dan mahu bertanyakan perkara yang berkaitan dengan kerja yang amat penting. Sikap anda yang curiga tanpa usul periksa itu hanya akan mengeruhkan keadaan dan tanpa anda sedari ia mampu menggugat hubungan cinta yang telah sekian lama terbina itu.
(sometimes, we'll try to remove it...)

Penawar: Percaya
Jika selama ini si dia terbukti setia kepada anda, tiada sebab untuk anda mencurigainya dengan hanya satu panggilan telefon yang dibuat oleh teman sepejabatnya. Sebaiknya anda minta penjelasan daripadanya dan si dia pasti bersedia untuk menjelaskannya kerana dia tidak pernah bersalah kepada anda.

Jika anda terus meletakkan kesalahan kepadanya, tidak mustahil kekasih anda yang setia itu akan benar-benar 'bermain kayu tiga' di belakang anda. Maklumlah daripada terus dituduh sedangkan si dia tidak melakukannya, lebih baik dia melakukannya betul-betul. Sekurangnya-kurangnya si dia berpuas hati dengan tuduhan yang anda lemparkan itu.
(we've do!)

Racun 4: Posesif
Janganlah bersikap terlalu posesif terhadap pasangan anda. Atau dengan erti kata lain terlalu mengawalnya sehingga sampai ke tahap mengongkong. Malah anda sanggup menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan semata-mata untuk mengetahui pergerakannya. Apa tidaknya, setiap lima minit anda akan menelefonnya.

Bukan untuk bertanya khabar sebaliknya untuk memastikan si dia sedang bersama siapa atau di mana berada. Sikap anda yang terlalu posesif itu akhirnya akan membuatkan si dia tidak selesa. Lebih teruk apabila si dia meminta untuk memutuskan perhubungan atas alasan tidak selesa dengan sikap anda itu.
(we've hate terkongkong & d'kongkong...)


Penawar: Beri ruang 'privacy'
Sesiapa sahaja di dunia ini memerlukan ruang 'privacy' sendiri. Oleh itu, jika anda tidak mahu hubungan yang terbina berantakan, percayalah kepadanya dan biar si dia menjalani kehidupannya sepertimana yang dikehendakinya. Tidak salah untuk memerhati atau menegur, tetapi biarlah berpada-pada dan dengan cara yang betul. Jika anda melakukannya secara tidak keterlaluan, si dia pasti akan lebih menghargai anda yang sentiasa berada di sisinya apabila dia memerlukan.
(we've do it, coz that is sbg kunci kebahagiaan KAMI, hehehe!)

Racun 5: Main-main mata!
Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang diperolehinya. Sudah punya teman lelaki / wanita yang kacak / cantik dan baik hati, tetap akan menjeling ke arah lelaki / wanita lain apabila berkesempatan. Sikap anda yang suka bermain mata ini sebenarnya mampu merosakkan hubungan cinta yang terjalin!

Mungkin anda hanya berniat untuk 'main-main sahaja', tetapi bagaimana jika lelaki / wanita yang anda jeling itu memberikan responnya? Pasti boleh menimbulkan sengketa. Malah bukan semua pasangan kekasih boleh menerima perlakuan yang sebegitu. Ini kerana ianya boleh mencabar status mereka sebagai teman lelaki  / wanita anda.
(so, jangan nak cari pasal yerr.. I jujur U pon kene jujur, U curang tak mustahil I x bole CURANG! haaa... beware guy's, huu.. Nauzubillah.. Hope KAMI bukan dari golongan yang camni, I U syg!)

Penawar: Setia
Jalan terbaik belajarlah untuk bersikap setia dengan pasangan masing-masing. Sudah pasti si dia merupakan kekasih yang terbaik buat anda. Ini kerana selama anda berhubungan mesra dengannya, tidak pernah si dia menjeling atau memandang ke arah lelaki / wanita lain walaupun wanita / lelaki tersebut jauh lebih cantik / handsome dan seksi daripada anda. Itu membuktikan si dia menghargai anda yang berada di sisinya. Jika si dia boleh melakukannya, tiada alasan untuk anda terus mencuri pandang ke arah lelaki / wanita lain.
(we've do it .. u'r my love forever) 

Renung-renungkanlah bersama pasangan anda, usir kesemua racun ini..
cayuNk!!!! 
.::I U::. 

by : ur lOvely oNe!

Dan bila esok.....

Rabu...Rabu... dan rabu lagik? bile nak ari kames nie?? tak sabar rasenyer nak pulang ke kampong halaman.. miss my mom so much!

For all readers, sowie sesangat coz we'ols da lame jugak tak update blog nie.
mase yang tak mengizinkan, keje kat opis pon semakin manyak (si gurl), plus assignment yang bertimbon² (si boy)... huh, memang menguji kesabaran.. some parts yang bole saba, so saba jela... tapi tibe parts yang tak bley sabar, hilang la sabar. nak marah jek rasenyer..

Actually, macam² mende yang nak stowry kat sumer tapi tak taw la nak mulekan camner. InsyaAllah, dalam mase terdekat nie we'ols akan update mcm² lagik stowry latest k. Btw, thank u so much to our all followers & readers! Thanks for ur support.. nantikan update terbaru dari blog cinta*munge soon!

mekaseyyyyy~~~~~



TOP
Aii, takkan tengok je:)
 

Copyright © 2011 Reserved to ♥.::C i N t ª β u N g ª::.♥