Thursday, November 11, 2010

Jom tengok 2 Alam 18hb nie!

Macam² cite yang tak sedap didengar jek sal filem arahan Dr Rozmey nie. Kabarnyer die cam bagus sangat, ngan rambot die tu... Yela, mane taknyer... baru 1st time wat filem da hu..ha..hu..ha...dalam paper, majalah, melodi, lagi pe tah... pastu target keuntungan yang die akan dapat untuk filem tu dalam RM40juta!!! mak uihh, tak hagak²... yang lagi berbulu penerbit laen mendengarnyer, filem tu dapat tercalon mase Festival Filem Malaysia ke-23 (2010) aritu untuk Pelakon Harapan Wanita. wahhh... Syabbas Inspektor sahab! erkhh, terselit industan plak.. ^_^


So pe lagi jom dok survey ar jap pape info sal cite 2 Alam... Jom kite terjahhh!~


Hah! baru jek tengok trailer filem tu kat GSC online.. Macam agak menarik jugak! Mule² nengok kategori die.. Filem tu dikategorikan dalam filem "Ngeri"???... wooo, i like it! suspen² gitu...lagi ++ menarik minatku. Pastu sistem audio yang die pakai lak Dolby sound... perghhh, memang ngancam ar.. tapi kene tengok dulu la cite tu ngancam ke tak kann... ermm... Nie de sikit sinopsis sal filem tu untuk share ngan uol's especially peminat filem² serammm....ngeee~~ layannnnnn~~~~



Sinopsis:
Kisah bermula di sebuah kampung terpinggir yang mana masyarakat sibuk dengan persiapan bagi menyambut ketibaan jenazah Amy@Adam Bin Zainal dari kota. Ketika ibu bapanya, Halimah dan Zainal yang lumpuh bersedih, Uztaz Ishak, teman Adam dari kecil sibuk mengatur urusan. Jenazah tiba bersama kesukaran untuk mengendalikannya. Jenazah Amy menjadi berat dan kaku mengeras mendatangkan kesukaran kepada semua yang ada. Dipaparkan juga kisah hidup Amy yang setelah kembali dari London, hidup bersekedudukan dengan Juan Agustin, juga seorang penyanyi popular yang sama dengannya. Amy dan Juan Agustin hidup dilimpahi dosa serta hiburan melampau tanpa batasan. Akhirnya ketika leka, Juan Agustin disamun dan dibelasah manakala Amy dilarikan lalu dirogol bergilir-gilir oleh tiga pemuda. Juan Agustin selamat lalu melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Amy berang kerana tahu bahawa reputasi dan rahsianya menukar jantina dengan cara pembedahan di masa lalu terbongkar maka terjadilah pergaduhan dengan Juan Agustin yang berakhir dengan perpisahan. Dunia Amy musnah, tertekan, bersendirian dan kecewa. Amy nekad membunuh diri. Turutan dari itu jenazahnya kembali ke kampung seperti di awal cerita.. Setelah berjaya mengharungi dugaan, Ustaz Ishaq bersama penduduk kampung membacakan talkin di kemuncak kisah ini. Namun ianya tidak dapat membendung akan dosa berat Amy.


Aaron Aziz: (Pelakon Utama)
Mohd Nazim B. Md Shah:Jan (Pelakon Pembantu)
Adrea Abdullah:Norazita (Pelakon Pembantu)
Sabree Fadzil:Zainal (Pelakon Pembantu)
Rosnah Johari:Halimah (Pelakon Pembantu)


CayuNk!!! nengok cite 2 Alam next week yokk!!! hehehe... see u there haa...
              

No comments:

TOP
Aii, takkan tengok je:)
 

Copyright © 2011 Reserved to ♥.::C i N t ª β u N g ª::.♥