Friday, December 21, 2012

Puan Bunga is back.... :)

Assalamualaikum peeps... 

Sorry la sekian lama menghilangkan diri dalam duni blogging, seriously tahap kemalasan kite makin melampau.... sampaikan janji untuk mengupdate gamabr kawen ponnnn *hampehhhh*
menipu jek kannnn... sorry =___='

Continue....

Tuesday, October 23, 2012

Lagenda Budak setan 2 katrina (official trailer)

Assalamualaikum peeps!

Iklan kejap... hehehe...
*blog dalam proses pemulihan minda... atau mungkin penghapusan... huhu, xde mood la nk update*


pssttt... en suami, bole la kite tengok bersama nanti okehhh ^^,)

Thursday, September 20, 2012

Cik Bunga "migrate" ke PUAN :)

Assalamualaikum peeps!!!!

Kerinduan

Keceriaan

Ketidaksabaran

Kebahagiaan


Oughhhh.... tak taw ape yang haku ngah merepek! Ape yang pasti Cik Bunga oppssss.... SILAP! Puan Bunga..  hihii, macam pelik je bunyinyeeee...

Ahhh, tunggu jela next entry ehh....!

^^,) tetibe macam blur tak taw mane nak start dulu... ekeke...

~panggggggg!!! penampo hamek! :)

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin :)

Assalamualaikum peeps!
*sebak rasenye nak bagi ucapan nih*


Di pagi Jumaat yang mulia ini Cik Bunga menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari rakan-rakan blogger yang mengenali diri ini... Mohon maaf zahir & batin.. Maaf andai kata kata-kata Cik Bunga ada yang buat korang tersinggung... Sesungguhnya kita manusia biasa yang memang tak lepas dari melakukan silap

Sekian... *sebakkkkkkk* T___T)

S E L A M A T  H A R I  R A Y A
M.A.A.F  Z.A.H.I.R & B.A.T.I.N


Bagi yang nak balik ke kampung halaman, drive carefully okeh.. hug & kisses dari 

.::C i N t ª β u N g ª::.




Thursday, August 9, 2012

Finally! Walimatulurus C i N t ª β u N g ª "Ira & Ikmal" :)

Assalamualaikum peeps!
Finally... Entry yang dinantikan Cik Bunga dah sedia untuk kongsikan bersama...

Walimatulurus jalinan cinta antara 2 hati 
"Ira & Ikmal "

1 September 2012 bersamaan 14 Syawal 1433H



“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.” (Riwayat Ahmad dan Tirmizi) 


Sila klik & save as JPEG di desktop gambar di bawah untuk tumbesaran yang jelas & nyata!
 Ni bukan mimpi lagi dahh, bebetol punyee..heheh~~

FRONT COVER

INSIDE

 Semoga dengan kehadiran teman yang dikenali dapat memeriahkan majlis kami, insyaAllah (✿◠‿◠) 

Tuesday, July 24, 2012

C i N t ª β u N g ª nak kawen! ~> Wedding Theme

Assalamualaikum peeps!

Selamat menjalani ibadah puasa yee... yeahh, memang tahap kesibukan Cik Bunga menggaban... so blog terpaksa diabaikan. Nak kate ape kan..hape pon tak bole ahh.. heheh

Tapi still sempat ok as long kita sume masih berada di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak... Alhamdulillah...kali ni Cik Bunga nak buat review pasal theme colour majlis Cik Bunga yang bakal tiba.. 
*dup..dap...dup dapppp... lempang sket!*

ehhhhh, rase macam haku baru abes skola kot nak cite bab kawen ni... huhu...
berikut adalah.... warna tema yang menjadi kegilaan Cik Bunga... memang warna feveret la ni, for sure la cik bibah pon kale ni kan. uhukkk~

Kad Kahwin : This week dapat! design by Cik Bunga... yummehhh~
MUA : All in package ~ Done
Baju Sanding : 90%... fitting by next week! tak sabarrrrrr..hehhe
Door Gift : Done
Bridesmade : Sila isi borang untuk Cik Bunga interbiewww.. huhu
Kanopi : Done
DJ : Done
Photographer : Done
Submit borang nikah pada Pak Imam : Done
Hantaran : Done completed with gubahan by Cik Bunga ^^,)

ermmm, lagi ape... almost done la kesemuanya, alhamdulillah to all yang menolong ;))
*rehat sebentar bersama kit kat..hui,hui,hui...motip apekah?*

Yang menjadi kerisauan beta adalah warna hijau pada kanopi, pelissss arr... nak warna hijau epal atau paling tidak hijau pucuk pisang... nampak redup je kottt, wuwuw... dengar kabar aritu macam hijaunye mak aihhhhh, terang macam lampu suluh... Masya Allah~~ sabo jelah! abestu kalau dah itu je yang ade, nak wat camne.. suntuk sangat dah nak cari kanopi lain ponn, redhaaaaa T__T)

Soon, tunggu dan lihat jela...
Hopefully semua berjalan dengan baikkk, InsyaAllah...

*mereka2 teman rapat cik bunga, nantikan perutusan Raja Sehari dari Cik Bunga yerkkk.. hehe*

Ok bye, cekidauttt!

Monday, July 2, 2012

C i N t ª β u N g ª nak kawen! ~> Baju Nikah

Assalamualaikum peeps!

Kali ni punye review pasal baju nikah.... Theme colour dah finalized dengan Encik Tunang and alhamdulillah semuanye dah bergerak dengan lancar... asalnye Cik Bunga verangan la kononnye kan nak beli baju siap jek untuk nikah, tapi malangnye warna baju nikah yang menjadi pilihan Cik Bunga dan Encik Tunang tersangatlah susah nak match! arghhh, tensionnn... So terpaksa la mencari kain yang match dengan baju nikah Encik Tunang. Sampai ke PAHANG okeh cari kain and tempah tailor! perghh... hape pon sanggup asalkan warna match (sedondon) hahaha... thanks Achu! Ayu Wedding Collection lebiu lahh.. seb baik la ade mak andam yang baik hati ni sanggup teman kite pegi beli kain jugak;)))

Actually konsep baju yang Cik Bunga ngidam sangat is DRESS... tapi nasib tak menyebelahi, ade je yang tak kene.. so last minutes decided untuk buat baju nikah style kurung moden saje.. just a simple + labuci sikit + veil.. ok la kan... bole buat baju raye gak nanti, hahah.. settle! Yang paling  penting NIKAH! ^^,)

Tak sabar nak tunggu baju rekaan Cik Bunga  siap... design sendiri tuuu, ko hade? muahahaha...nak tengok camne ghupenye??? 


taraaaaa!!!!!
Cantik tak rekaan Cik Bunga nih??? keh..keh...keh...


-
-
-
-
tipu jekkkk.... sumber google jek ni :) cantik sangatkan labuci dia, kretip sungguh mereka ni..

ni haaaaa........................ pon bukan... hahahahhaha =)))



Hahaha...oke la, oke la.. bebetol ni... ni la dia, "Hatta Che Mat" punye design... soon junior to Hatta Dolmat okeh... ko bole design? wakakaka... Tunggu jela baju ni siap ye..
*sebarang komen tidak akan dilayan*


Cekidaut! ^^,)

Sunday, July 1, 2012

10 petanda si dia milik kita ^^,)

Assalamualaikum peeps!
 let's sharing articel yang sangat berguna untuk para blogger kat luar sane tuuu...pada korang yang rase macam de berkait dengan pasangan for sure korang akan touching...Enjoy reading!
*kesat ingus*

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

-Artikel iluvislam.com & irinenadia

Monday, June 25, 2012

C i N t ª β u N g ª vs K.A.H.W.I.N ♥__<)...V

Assalamualaikum peeps sekaliannnn!!!!!
Miss uol's damn much la peeps, lebey2 lagi kat blog kesayangan Cik Bunga neyh...
(haruslah kannn, setelah berbulan-bulan lamenyeeee... mak aihhh, bz tahap gaban sangat nie)


Oke, let's start topik petame untuk tahun 2012 neyh from C i N t ª β u N g ª

**WEDDING**
(mood: miang-miang keladi)

Alhamdulillah la kan buat mereka-mereka kesayangan saya yang telah selamat menamatkan zaman bujang pada tahun 2011... Semoga jodoh kamo berkekalan ke akhir hayat, aminnn....
(seyes, cik bunga sangatttt jeles.. huwaaa~ bile la agaknye turn kte kan, huuu)


Oke fine, skang mesti korang sume tertanye-tanye bile la pulak turn Cik Bunga nie agaknye kan... ahaaaaa, tolong jangan tanye lagi soklan tu ye korang... naek migrain Cik Bunga mendengarnye, kang makin bertambah-tambah miang keladinye nak mintak Encik Tunang cepat-cepatkan.. hahahahaha
(kegatalan yang sukar digambarkan, ekekekee....)


Cik Bunga  nak mintak pandangan uol's yang telah pun @ akan melangsungkan perkahwinan.
(Seyesly, Cik Bunga  semakin ting tong!! >.<)


sumber dari pak google :)


cer tengok status Cik Bunga kat setelkahwin.com nie plak haaa, adoyaiiii....
hape pon tak bleyhhh, hahahahhaha
(mcm men pondok2 jek, wat 'donoooo' jek tak prepare pape.. huhu)

klik untuk tumbesaran tahap cipanzi

-
-
-
-
-
-
-
-
And Finally!!!!


Cik Bunga berjaya mengesan tips yang agak ringkas dari tips2 yang Cik Bunga penah jumpe yang macam karangan gamaknye.. uhuhhh, pleaseeee laah!


SENARAI SEMAK BAKAL PENGANTIN

12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengaturkan bajet
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
  • Mengumpul nama tetamu
  • Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Memilih cincin pernikahan
  • Memilih kek pengantin
  • Memesan cenderahati untuk tetamu

5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
  • Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Membuat rawatan ke spa

2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyenaraikan nama tetamu
  • Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
  • Merencanakan bulan madu
  • Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
  • Memastikan rawatan spa secara intensif
  • Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan

SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
  • Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  • Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
  • Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
  • Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
  • Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung

or kalau korang ade listing yang terpalinglah ringkas untuk Cik Bunga  yang malas nak baca nie tolong la sharing-menyaring yerkkk...OK bye! :)
(tekan butang PRINT...lintang pukang g amek kat printer takut kantoi ade budak ngah miang keladi nie, hehehe)

C i N t ª β u N g ª nak kawen! ~> SELAMAT DAHHH... ^^

Assalamualaikum peeps! And very the gud nyte! heheheh..
Tah hape punye bahase la kannn...

Alhamdulillah... Syukran ya ustazzzzz, akhirnyeeee!
Cik Bunga dan Encik Tunang telah pon selamat mendirikan rumahtangga (nak kene pelempang tetibe kawen tak jumpe sume, hahahah) menjalani kursus kahwin selama 2 hari di Hotel Seri Malaysia Johor.... Nape Cik Bunga amek kat JB sedangkan Cik Bunga orang Melakaw yooo?? uhuh, malas nak ekplain dahhh  takut nanti sakit ati jek... Baca SINI

Memang seronok sangat, banyak yang Cik Bunga belajar dari situ... Abes jek kursus otomatik Cik Bunga rase macam berubah sikit ke arah kelembutan dalam bertutur kata... cewahhhh!!! Kelembutan bertutur kate je yeeee... Countinggg, counting, and counting the day! (✿◠‿◠) Ape? nak cite kat uol's??? Heyppp! mane boleyyy... Cik Bunga bayar tuuuu, law korang nak taw pegi la amek kursus cepat ye... 
hehehehe, kejam sungguh kan~!
(untuk yang single mingle je ye, yang dah berbini berlaki jangan nak ngengade! uhuh~)

Sila klik pada gambar untuk tumbesaran tahap gaban!
ceteka skali mane satu cik bunga??? +____+) law salah xmo kawan!


Thanks to Encik Tunang frends yang sangat la happening! Yul, Rin, Eqen, Adeng, Atiq dan pasangan (asek lupe je name, sori ehhhh) korang memang sengal abes lah, hehehehe.... macam nak terburai isi perut nie... hahahahahahah. Next time kite hang out okeh!

Cekidaut~~

C i N t ª β u N g ª nak kawen! ~> Kek review

Assalamualaikum peeps!

Okey Cik Bunga da start jatuh cinta nak buat review bab2 persiapan kawen nie... so far alhamdulillah ape yang di plan berjalan lancar.. ade few yang Cik Bunga da book siap2 and tarikh tak bertembung dengan mak andam n photographer.. Aminnnn... syukur..
(rezeki masing2, yang penting kenela banyak bersabar dalam buat persiapan nie)

Cik Bunga nak review part kek idaman untuk hantaran & majlis potong kek. Nak jugak makan kek kawen sendiri kan, law kek hantaran da bagi Encik Tunang nanti Cik Bunga lak yang nganga tengok kek tu pegi begitu saje.. wuwuwu~~
 (ngegade je, puihhh~ heheh)

Design kek yang Cik Bunga  harapkan untuk disponsor ialah kek FONDANT!... warna harus ade hijau epal, warne kesukaan tuuuu... tu pasal la cik bibah kite pon ijau, eekkekek:)))

kamera rolling ^^


 ***K E K   H A N T A R A N ***
design nie sangat simple & cantik! cantik kan? kan? ;)))
harus terjah blogspot tersebut.. hee~


nie pon cantik sgt, tapi untuk hantaran rasenye tak bagus crowded sgt cenggini.. nyusahkan orang yang nak membawak dulang tu pulak kangg, heheheh ^^


simple but sweet sgt kan ;)


super duper cute!


sumpah >.< comel gile yang nie!




 ***K E K   U N T U K   D I P O T O N G & D I M A K A N ***
kalau si penaja baik ati nak sponsor tinggi cenggini kan, wahhh..alangkah baiknyeeeee ati ^^ hehehe. oke stop it, verangan melampau.. da dpt sponsor da cukup baik, Alhamdulillah ~.~


sgt SIMPLE & cantik!







really simple kan??! LOVE GREEN damn much! ;)))


Oke da cukup sebelum Cik Bunga pengsan tengok kek fondant yang cantik nie. Kalau korang nak dapatkan source yang lagi tepat silakan surf pakcik google okeh..

Cekidauttt! ^^

C i N t ª β u N g ª nak kawen! ~> Kursus Kahwin Melaka & Johor

Assalamualaikum peeps!

Cik Bunga baru jek memulangkan diri dari One Utama Shopping! You know what??? kemain la azabnye nak dapatkan parkingggggg!!! geram sangat... lastly teros nyelit jek masuk kat basement one world hotel.. ekekek... 
sejuk dan nyaman sambil jalan cuci mate tengok lampu hotel yang cantik menawan
(nak singgah makan belom cukup kemampuan lagik, hiksss)

 Setibanye di rumah, cewahhhh~ (setibenyeee, heheh) lantas Cik Bunga membukak lappy neyh... Terase kerinduan yang amat, motip utama nak tengok HEADER yang menjadi pujaan ati nie... Pengubat rindu gitewww, hehehe.. ko hade???


Oke da cukup, yukkk Cik Bunga nak buat review pasal kursus kahwin pulak! ngeheheh...
tapi! sebelum tu......
-
-
-
-
-

terharu sgt oke, even 15 comment yang ditinggalkan... tapi cik bunga dah cukup terharu sangat, ramai jugak yang sudi singgah since entry terbaru yang banyak berkisah pasal kawen. hehehe :))) THANKKKKKKSSSS!!! *hugs*




K U R S U S   K A H W I N 
 Kali nie Cik Bunga  nak buat review 2 tempat kursus kawen yang menjadi pilihan... MELAKA & JOHOR. Since bercerita pasal kursus kahwin nie, Cik Bunga nak share sket pengalaman mencari tempat kursus kahwin... specially kat melaka. Phewww, penuh dengan kesabaran...rase macam takde ape sangat je ngan kursus nie kan, tapi setiap kali nak buat tempahan memanjanggggg je penoh. sabar jela! LastlyCik Bunga dan Encik Tunang buat keputusan untuk amek kat JOHOR je... Memangla jauh + mahal (RM120) kalau nak dibandingkan dengan yuran kat Melaka (RM80), tapi nak kawen nye pasal plus kat Melaka asek penuh jekan so sanggup ajelah... hehehe. Moralnye disini, sila booking awal-awal yek =___=




Pusat Kursus Kahwin Daerah MELAKA

klik sini untuk tumbesaran tahap gaban ye!






Pusat Kursus Kahwin Daerah JOHOR
(booking on9, memang sangat SENANG!)

MASJID JAMEK TAN SRI AINUDDIN WAHID, TMN UNIVERSITI, SKUDAI, JOHOR 



Thanks to Encik Tunang friends yang membantu buat tempahan untuk kami, heee~... sayangggg korang!!! Jumpe korang  minggu depan okeh sayang sekalian...

That's all, tata~

Cekidaut! ^__^")..v

Sunday, June 24, 2012

C i N t ª β u N g ª nak kawen! ~> Prosedur kahwin. Wajib tahu! :)

Assalamualaikum peeps!
Kahwin... Kahwin.. Kahwin...lalalalal~ layannnn... hihihi... ^___^")v


PROSEDUR PERKAHWINAN MALAYSIA

Lebih kepada urusan rasmi yang melibatkan pendaftaran, penyediaan dokumen dan urusan di Jabatan Agama Islam. 

Berikut adalah langkah-langkah tersebut mengkut turutan:-
1. Sediakan dokumen-dokumen rasmi secukupnya. Dokumen-dokumen tersebut adalah:

Salinan IC
Salinan Surat Beranak
Salinan Surat Nikah Ibubapa
Salinan IC wali
Gambar pasport bersongkok/bertudung
Salinan Sijil Kursus Pra-perkahwinan
Kebenaran majikan bagi anggotan Polis dan Tentera
Surat pengakuan bujang dari majikan atau Ketua Kampung (lelaki sahaja)
Surat cerai jika pernah berkahwin sebelum ini

    2. Menghadiri kursus pra-perkahwinan.
    3. Dapatkan wali.
    4. Menjalani ujian HIV. Prosedur ini wajib dilakukan hanya di hospital kerajaan sahaja.
    5. Permohonan kebenaran berkahwin di Jabatan Agama Islam Negeri.
    6. Pendaftaran perkahwinan anda selepas majlis akad nikah. Prosedur ini hendaklah dilakukan dalam masa 7 hari dari tarikh anda bernikah.

    Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing anda untuk maklumat lanjut. heheheh...~~

    Tuesday, June 19, 2012

    C i N t ª β u N g ª nak kawen! ~> VEIL

    Assalamualaikum peeps yg dirindui!

    (sambil tepuk pipi kiri kanan.. eh btol ke haku ngah update blog nie??)


    heheh... yeee, glad to inform uol's sume yang Cik Bunga memang tahap kesibukan yang semakin melampau.. rasenye macam baru semalam jek main guli ngan kengkawan kampung, esok janji nak nak main baling selipar pulak.. lusa cite bab kawin, abg.. ayang.. ekeke.. lawak je men kawen-kawen *blushing* tapi takde pelakon "lelaki" yerk.. perasan sendiri, bebel sorang.. ekeke ^^,)
    NOW! bebetol punye citer bab kawin!!!


    ouhh apekah???

    Okey, kali nie Cik Bunga nak review pasal viel... uol's bride to be or ex bride... taw tak kat mane nak dapatkan veil yang cecantik yummeeehh!!! Cik Bunga macam nak pengsan... last weekend macam nak meroyan kat jalan tar... tapi tak tahan crowded sangat lantas membatalkan niat serta merta! cewahhh~ lantassssss, kelas kau nyah! heheh...  ciri-ciri veil idaman mcam kat bawah ni.... kat mane nak dapatkannnnn?????? pleaseee help me :'(


    warna nie memang sangat ohsem! kalaulaaaaa dapat =__=)... dpt veil pon jadi la, mane ye??


    simple but look nice... adekah ni pattern shawl??


    simple tapi cantik! mende alah yg simple nie pon susah, caneee??? :'(


    or veil ala-ala Rozita Che Wan.. wahhhh... :))))


    and the most Idaman Hati Cik Bunga nie ha!!!! seyes cantik!!!!

    arghhh tolong, mcm nak nanges +__=')   *hug fasha* uol's tak suke do i care?! hehehe...



    Cekidaut!

    Thursday, May 3, 2012

    Selamat Hari Ibu!!! ✿

    Assalamualaikum peeps!
    Cik Bunga  tak bole nak sok sehh lelame kat sini ye, harap maklum... Nie ngah duk melayan semanis kurma "Meriah Tapi Berhutang" .... howttttt sangat kan topik tuh ^^ sesuai la untuk tuan tanah nie berwaspada kannn. hehehe....(oppssss, terasee la pulak!)

    H A P P Y  M O T H E R' S  D A Y!!!

    haaaa, tu la dia motip utama yang nak disampaikan... To my beloved mum, my beloved sis, my beloved kakak ipaw, my beloved mak mentua, and my beloved blogger's mom's or become mom soon... u'r greattttt!!!! hehehe...no words can describe uol's okehhh...Present untuk MAK Cik Bunga?? In advance okehhh, kelassss kau! hehehe... Ape yang penting, mak suke sangat! Alhamdulillah.... Next month MAK dapat lagi okeh for your belated birthday pulak, ngeee~ tak sabar nak celebrate same birthday bakal mak mentua bulan ni... mereka selang sebulan je, senangkan nak plan law besday dekat cenggini. 
    bukan cut cost taw! heheheh....


    Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sendiri telah mendidik dan mengajar kita tentang peri pentingnya menyayangi dan menjaga ibu kita dengan sebaik mungkin. Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah menegaskan di dalam sebuah hadithnya dimana kita harus meletakan sifat hormat terhadap ibu kita sebanyak tiga kali. Ingat tuuuu.... 


    Okeh, cekidautttt!!!






    Sunday, April 1, 2012

    dan tukar lagiiiiiii...dan lagiii.... ;)

    Assalamualaikum peeps!
    Sesungguhnya manusia memang dicipta dengan pelbagai ragam... haaa, yang nie ragamnye tangan dok gatal tak abes2 nak tukar header... silakan muntah ye kalian... 
    Chowww bedah! heheh..

    gudbye "Cik Bunga" header... usiamu tak jejak setahun lagi pon da ditukarkan, kekekek...



    Oke yang nie just nice!
      (dimate cik bunga jela, di mate korang ade haku kesah??!) huhuhu ^^


    Sunday, March 25, 2012

    C i N t ª β u N g ª tangan gatal tukar header ^^

    Assalamualaikum peeps!
    lame rasenye tak berhujung minggu dengan blog kesayangan... ekekeke...
    Encik Tunang pon asek sibuk je kannn, so nie jela tempat Cik Bunga luangkan mase sorang diri...
    hikksss~! (buat wayang industan plak kan..kan...)

    hahahahah.... ha uol'sssss.... ade nampak something diff tak???
    Cik Bunga  de sediakan kanta pembesar buat korng nie, law still tak nampak jugak meh Cik Bunga tenyeh bijik mate hangpa suma ngan cili.. aishhh~ >.<

    C i N t ª β u N g ª dah tukar header baruuuu.....
    (prasan comei jek, uhuk~)

    oke fine, comel ke tak ade aku kesah! hahahahah..
    my blog is none of ur business!
    (seyes ayat nak kene pelempang la ko nie cik bunge oiiii, adessss)


    BEFORE





    AFTER 

    silakan muntah, besen dah de kat tepi tuh.. hihi^^


    Oke bye, tak sanggup Cik Bunga nak ngadap 'muntah' korang sume... wakakakak~
    cekidautttt!!!
    ^__^")..v

    Thursday, March 22, 2012

    Separuh jiwaku pergi.... :(

    Assalamualaikum peeps!
    sangat rindu kat blog Cik Bunga yang semakin menjadi-jadi sawangnye nie, uhuk~ apekan daye, tuan punye tanah semakin hari semakin sibuk... semakin hari semakin berpenyakit... adoiiii, lemah seluruh jiwe rage...

    Actually Cik Bunga baru je 'grad' okeh selame 3hari berturut-turut...
    dapat anugerah dari dokter lagikkk, korang hade?? takde kan??? huuhuh..
    i mean Medical Certficate la peeps sekalian.. huuu~
    yess, Cik Bunga still not felling well lagik.. tu yang membuatkan "separuh jiwaku pergi tuh"...
    Anuar Zain la sangat, dengar suare pon da macam ramli sarip dah.. hahahah...

    Last 3 days Cik Bunga jatuh saket... tetibe jekk... suhu badan seyesly tinggi, panasnye lebeyh kurang cerek air yang tengah mendidih kottt.. (tipu je bunyinye, aishhh)
    tapi skang syukur Alhamdulillah la, panas da semakin reda... cuma....cuma.... cumaaaaa.... ~.~

    Cik Bunga kene ulser kat tekak a.k.a tonsil... infection dari demam panas tuh
    huwaaaaa, sungguh menyeksakan... seminggu Cik Bunga berusaha untuk jadi seorang yang pendiam okeh, huhh... sabar jelaaa... sunyi je rase opis bile radio mak jemah tak berbunyik.. huhu ^^
    This is for the 1st time Cik Bunga kene ulser yang sebegitu terok! semakin membengkak + semakin..semakin susah untuk menelan... ade petua tak untuk mengelakkan dari terkena ulser kat tekak? please helppp.... Cik Bunga skang da semakin kerap sangat kene.... tak tahan da...
    Macam-macam vitamin dah makan... T____T))))
    *nanges*

    Doktor ade cakap, penyelesaian terbaek adalah
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    O P E R A T I O N

    makkkkk.... taknak la potong-potong dokterrrr, huuuu... tak sanggup! takkan xde cara lain kot :(
    (lepas dokter cakap camtu otometik airmate cik bunga berlinangan... pikir -ve je mase tu)


    Korang, ade cadangan tak untuk penyakit nie???


    

    Saturday, February 25, 2012

    Happy Belated Birthday Mr fiance! ♥

    Assalamualaikum peeps...!
    Cik Bunga legaaaaaa rasenye dah dapat celebrate bufday Encik Tunang tersayang semalam, since tarikh sepatutnye 19 Febuari 2012 yang tidak mengizinkan Cik Bunga untuk menyambutnyee... sob..sobb..

    At least kite celebrate jugak kan? tanda mengingati.. hehehe...
    (cewahhh, pepagi ko da angaw cik bunga oiiii...huhu)

    HAPPY BELATED BIRTHDAY
    SAYANG!!!

    May Allah bless u... Dimurahkan rezeki, diperkuatkann iman, diperkuatkan kesabaran~~ Lastly semoga jodoh kite kekal ke akhir hayat (✿◠‿◠)
    Aminnn aminnn ya robbal'alaminnnn...
    Alhamdulillah...

    Tercapai jugak hajat Encik Tunang nak merase  besday kek buatan Cik Bunga.. Buat sendiri hokeh! Korang dengar tak nie??? Buaaaattttt sendiriiiiiii uolssss...
    kalah secret recepies kottt, kui..kui..kui...
    (hahahaha, heboh ngalahkan jom heboh!)


    So sape nak sambut besday meh order kat Cik Bunga jekkk...harga bole nego, cewahhh! Hahahahahhaha



    Oke tukar topik!

    Taknak bebel panjang, arini tersangatlah banyak ektibiti yang Cik Bunga nak spend bersama Encik Tunang tersayang ♥... hehehe... pegi sane~ pegi sini~ pastu situuu~  pastu sane kottt~~~
    hurmmm, ahhahaa
    oke bye!

    (angkat kain, cabut lariiiiiiiiiiii~~~~ hihihi)



    sygg... taw tak kamo tu sgt la nakal bile berposing?? pdn muke kene  cubit kat pp, heheheh♥







    Wednesday, February 8, 2012

    Manusia berakal PENIPU!

    Assalamualaikum peeps!
    Since kite masih lagi dalam minggu Maulidur Rasul, Cik Bunga nak ucapkan jugak walaupun dah wish before nie pon kan.. heee, saje gatai~~~

    Oke, entry kali nie Cik Bunga nak hupdate pasal 
    "SI PENYEWA BERAKAL PENIPU"

    (puihhh...puihhh...bertepek ke muke penyewa tu ha, padan~!)


    Mengikut perjanjian yang telah termeterai... duit sewa hendaklah dibayar setiap bulan TEPAT pada 1 haribulan... Oke fine kalau ko tu da jenis buta kayu tak gheti2 nak baca, tapi for sure dah sedia maklum kan sebab mak Cik Bunga berulang kali ingatkan... Sampaikan tiap bulan nak kene mintak, macam ceti dah mak haku wehhh~! mengong betol...

    So, Cik Bunga and mak decided untuk pegi directly berjumpe dengan penyewa tu sambil ditemani kakak & abang ipar Cik Bunga... (orang kuat la tu kononnyeee, heheheh)

    taw hape yang jadik????
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    RUMAH ITU DAH KOSONG OKE!

    kuang hasam punye orang, urghhh.. tension! dala ngan selesema nie lagi, srotttt...sreeetttttt jek idong 
    ~.~


    nah, layankan jela ape yang dah jadik ngan umah nie.. gerammmm >.


    tengok tuhh... ini rumah serupa itu tongkang pecah! huh~

    cermin tingkap sebijik pecah! gerammmm~


    cenggini toilet jadinye???? memang hape pon tak bole! pengotor nye manusia!

    dinding mengalahkan whiteboard skola wehhh, macam2 lukisan! uhuh~


    ggrrrrhhhhhh~~~~!!!!

    semoga Allah membalas perbuatan mereka ini, amin....~!


    ikut pada surat perjanjian, dinding tidak bole diPAKU kan.. untuk mengelakkan batu dinding pecah oke!
    confirm tak paham bahase punye orang!!

    can u see that????!

    dengan wall sticker die lagi, law cantik takpe la jugakkk...! urghhh~

    nampak tuuu, nampak tuuu.... LOCK dah 'togel'!

    nie ponn... wehhh, ape sengkek bebeno ko nie sampaikan tombol pintu pon ko nak sebat... huwaaa, ape punye orang!


    memang hampeh! law ikutkan hati nak aje buat report sebab surat perjanjian & copy IC ade.. tapi abg ipar lak kate, ape nak report..reportt.. bia jela...
    (ape lagi, pot..pett...pott..pettt.... la mak cik bunga, heheheh)

    cian makkk.. sabar ye :( orang tu akan dapat balasan nye nanti...

    tak pasal2 i pon kene uol'ssss... wat keje sambil kesat ingus nie taw, hampeh~!!!

    tadaaaaa.... berkilat-kilat u!!! hehehhe... wat perangai lagi memang kene sumbat ngan mop! uhuh~

    see u on Akhirat!
    (cewahhh, ayat nak ganassss.. hehehhe)

    Oke bye! ati ngah panasssss~~~




    TOP
    Aii, takkan tengok je:)
     

    Copyright © 2011 Reserved to ♥.::C i N t ª β u N g ª::.♥