Pasangan yang sedang bercinta sering merasakan hidup mereka begitu indah dan bahagia. Namun jangan terlalu selesa dengan hubungan cinta yang terjalin.
Hakikatnya, cinta seperti sepohon pokok yang baru ditanam. Ia perlu sentiasa dibaja dan disiram agar kekal subur. Jangan sekali-kali membiarkan pohon yang anda jagai itu dimakan anai-anai, ulat atau serangga perosak yang lain.
Begitu jugalah dengan cinta. Kasih sayang yang melimpah ruah bukan jaminan untuk memastikan cinta yang terjalin itu akan kekal bahagia selamanya.
Namun apa yang paling penting, jauhkan percintaan yang terjalin daripada racun² yang boleh merosakkan dan akhirnya, membinasakan cinta. Paling bahaya, racun cinta selalunya bukan hadir daripada orang lain, sebaliknya wujud di dalam diri kite sendiri.
Mungkin kowunk tak taw racun yang dimaksudkan. Oleh itu, jom ikuti panduan dibawah. Usir racun yang ada di dalam diri kowunk (kitowang pon same) itu dan tukarkannya dengan penawar yang bersesuaian.

Racun 1: Berbohong
Apabila si dia mengajak anda makan di restoran makanan segera kegemarannya, anda sentiasa mengikut tanpa sebarang bantahan. Kemudian apabila si dia bertanya tentang makanan yang dihidangkan, anda menyatakan makanan di situ sangat sedap dan kena dengan selera anda. Hakikatnya di dalam hati, anda merungut kerana tidak berselera menjamu selera di situ dan berharap itulah kali terkahir anda menjamu selera di restoran tersebut
(Honestly we'r not do that, so kowunk sendiri mau ingatlah padahnyer bile da kantoi menipu okie?!)
Penawar: Jujur
(Honestly we'r not do that, so kowunk sendiri mau ingatlah padahnyer bile da kantoi menipu okie?!)
Penawar: Jujur
Pembohongan paling elok jika digantikan dengan sifat jujur dan berterus-terang. Mungkin untuk kali pertama anda terpaksa berbohong kerana tidak sampai hati untuk mengecewakannya. Tetapi jika pembohongan demi pembohongan anda lakukan secara berterusan, nescaya ia akan memakan diri anda sendiri pada masa akan datang. Tidak perlu takut untuk mengatakan perkara sebenar kerana kejujuran yang anda nyatakan lebih bermakna kepada si dia daripada menjamu selera di restoran tersebut.
(loyalty each other, we've do!)
Racun 2: Egois
Tidak dinafikan di dalam diri setiap individu punya sikap ego walaupun kecil. Malah ada juga segelintir orang yang mahu keinginannya dituruti walaupun untuk perkara-perkara yang terlalu kecil. Namun harus dingat, permintaan tersebut perlulah relevan dengan keadaan dan situasinya.
Apabila si dia menolak permintaan anda, mulut anda tidak henti-henti mengomel dan menuduh si dia mementingkan diri sendiri. Namun apabila anda diminta melakukan sesuatu dengan mudah anda menolak. Apabila si dia memberontak, anda tuduh pula si dia tidak mengerti perasaan anda. Langsung tiada tolak ansur dalam hubungan yang terjalin.
(stiap kali gado my dear slalu ckp yg saye ego, isk3... saye terima teguran tue n ngah cube jugak untuk mengurangkan ego nie walaupun kekadang tu terlepas jugak. I'm so sorry dear.. ♥ u.. Saye akn cube jadi yang terbaik utk si dia, insyaAllah.. amin)
Penawar: Memahami
Salah satu kunci keharmonian dan kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan adalah sikap saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain. Memang diakui adakalanya sukar untuk menahan diri kita daripada terus bersikap egois, namun ada masanya kita juga perlu memikirkan hati dan perasaan orang lain.
Cara terbaik untuk menghilangkan sikap egois dalam diri anda, cubalah letakkan diri anda di tempat pasangan anda apabila anda meminta si dia melakukan sesuatu. Fikirlah wajar atau tidak permintaan anda itu dituruti dan adakah diri anda sendiri sanggup untuk melakukannya? Apabila anda sentiasa berfikir begitu, keputusan serta permintaan yang keluar daripada mulut anda pastinya lebih rasional dan tidak diselubungi oleh perasaan egois semata-mata.
(Trust each other, we've do!)
Racun 3: Curiga
Seorang lelaki / wanita menelefon bf / gf anda. Tanpa sebarang usul periksa anda mengatakannya curang. Pada mulanya, pergaduhan yang tercetus hanya kecil sahaja tetapi anda terus mengungkit kisah-kisah lama termasuklah hubungannya dengan bekas kekasih dahulu.
Sedangkan lelaki / wanita yang menelefonnya itu hanyalah teman sepejabat dan mahu bertanyakan perkara yang berkaitan dengan kerja yang amat penting. Sikap anda yang curiga tanpa usul periksa itu hanya akan mengeruhkan keadaan dan tanpa anda sedari ia mampu menggugat hubungan cinta yang telah sekian lama terbina itu.
(sometimes, we'll try to remove it...)
Penawar: Percaya
Jika selama ini si dia terbukti setia kepada anda, tiada sebab untuk anda mencurigainya dengan hanya satu panggilan telefon yang dibuat oleh teman sepejabatnya. Sebaiknya anda minta penjelasan daripadanya dan si dia pasti bersedia untuk menjelaskannya kerana dia tidak pernah bersalah kepada anda.
Jika anda terus meletakkan kesalahan kepadanya, tidak mustahil kekasih anda yang setia itu akan benar-benar 'bermain kayu tiga' di belakang anda. Maklumlah daripada terus dituduh sedangkan si dia tidak melakukannya, lebih baik dia melakukannya betul-betul. Sekurangnya-kurangnya si dia berpuas hati dengan tuduhan yang anda lemparkan itu.
(we've do!)
Racun 4: Posesif
Janganlah bersikap terlalu posesif terhadap pasangan anda. Atau dengan erti kata lain terlalu mengawalnya sehingga sampai ke tahap mengongkong. Malah anda sanggup menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan semata-mata untuk mengetahui pergerakannya. Apa tidaknya, setiap lima minit anda akan menelefonnya.
Bukan untuk bertanya khabar sebaliknya untuk memastikan si dia sedang bersama siapa atau di mana berada. Sikap anda yang terlalu posesif itu akhirnya akan membuatkan si dia tidak selesa. Lebih teruk apabila si dia meminta untuk memutuskan perhubungan atas alasan tidak selesa dengan sikap anda itu.
(we've hate terkongkong & d'kongkong...)
Penawar: Beri ruang 'privacy'
Sesiapa sahaja di dunia ini memerlukan ruang 'privacy' sendiri. Oleh itu, jika anda tidak mahu hubungan yang terbina berantakan, percayalah kepadanya dan biar si dia menjalani kehidupannya sepertimana yang dikehendakinya. Tidak salah untuk memerhati atau menegur, tetapi biarlah berpada-pada dan dengan cara yang betul. Jika anda melakukannya secara tidak keterlaluan, si dia pasti akan lebih menghargai anda yang sentiasa berada di sisinya apabila dia memerlukan.
(we've do it, coz that is sbg kunci kebahagiaan KAMI, hehehe!)
Racun 5: Main-main mata!
Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang diperolehinya. Sudah punya teman lelaki / wanita yang kacak / cantik dan baik hati, tetap akan menjeling ke arah lelaki / wanita lain apabila berkesempatan. Sikap anda yang suka bermain mata ini sebenarnya mampu merosakkan hubungan cinta yang terjalin!
Mungkin anda hanya berniat untuk 'main-main sahaja', tetapi bagaimana jika lelaki / wanita yang anda jeling itu memberikan responnya? Pasti boleh menimbulkan sengketa. Malah bukan semua pasangan kekasih boleh menerima perlakuan yang sebegitu. Ini kerana ianya boleh mencabar status mereka sebagai teman lelaki / wanita anda.
(so, jangan nak cari pasal yerr.. I jujur U pon kene jujur, U curang tak mustahil I x bole CURANG! haaa... beware guy's, huu.. Nauzubillah.. Hope KAMI bukan dari golongan yang camni, I ♥ U syg!)
Penawar: Setia
Jalan terbaik belajarlah untuk bersikap setia dengan pasangan masing-masing. Sudah pasti si dia merupakan kekasih yang terbaik buat anda. Ini kerana selama anda berhubungan mesra dengannya, tidak pernah si dia menjeling atau memandang ke arah lelaki / wanita lain walaupun wanita / lelaki tersebut jauh lebih cantik / handsome dan seksi daripada anda. Itu membuktikan si dia menghargai anda yang berada di sisinya. Jika si dia boleh melakukannya, tiada alasan untuk anda terus mencuri pandang ke arah lelaki / wanita lain.

(we've do it .. u'r my love forever)
Renung-renungkanlah bersama pasangan anda, usir kesemua racun ini..
cayuNk!!!!
.::I ♥U::.
by : ur lOvely oNe!
No comments:
Post a Comment