Monday, March 14, 2011

Nauzubillah... Kiamat semakin hampir dengan kita :(

Hiii peeps! Baru je bape arini kite semua dikejutkan dengan kejadian tsunami yang melanda kat Jepun tu... Lebih² Cik Bunga yang agak sedikit emosi sebab berkait dengan negara semenjung kita, kat Labuan.. Sabah


Kali nie Cik Bunga dikejutkan pulak melalui email pasal pelajar murtad kat Melaka. 
Aughh, negeri Cik Bunga.... sungguh mengecewakan.


Artikel kat bawah nie 100% Cik Bunga amek berdasarkan email yang diterima tanpa sebarang pengubahsuaian ayat pon yer.


Nauzubillah... Kiamat memang semakin hampir dengan kita :(


Keterangan lanjut, baca kat bawah nie
*
*
*
*
*
*

Dua Pelajar Sekolah Menengah Agama di Melaka MURTAD!
Maklumat yang diterima mengenai dua orang bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sharifah Rodziah di Telok Mas Melaka yang merupakan salah sebuah sekolah kluster dan sekolah agama terkenal di sini digemparkan dengan dua orang pelajar asrama sekolah berkenaan yang murtad memeluk agama kristian

Walau bagaimanapun kedua-dua pelajar sekolah agama itu yang kini berada di tingkatan lima telah disingkirkan daripada asrama dan sekolah agama berkenaan dan kini bersekolah di salah sebuah sekolah terkenal di bandaraya Melaka.


Apa yang lebih dikesalkan, pihak sekolah seperti lepas tangan daripada menangani kes murtad berkenaan. Apa pula peranan Majlis Agama Islam Melaka yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd Ali Rustam bagi menyelamatkan akidah pelajar berkenaan?



Apakah Ali Rustam lebih sibuk serta berbangga dengan Sekolah Harapan (sekolah budak mengandung) dan menjadikan Melaka sebagai pusat filem Bollywood daripada isu murtad ini? Dalam hal ini Ali Rustam selaku Ketua Menteri tidak boleh lepas tangan kerana selama ini beliau bertanggungjawab bersetuju dengan program yang melalaikan golongan muda di negeri ini.



Lihatlah sahaja kempen di Merlimau, penyebaran gambar lucah menghina ulama, tarian seksi untuk meraih undi. Siapa di sebalik kempen yang tidak bertamadun ini? Malah Ali Rustam lebih sibuk dan beria-ia hendak menjadikan Melaka lokasi perkampungan artis dan Melaka sebagai pusat filem Bollywood dan menjemput Datuk Shah Rukh Khan membuat filem di sini. Tidak lain dan tidak bukan program seumpama ini boleh melalaikan dan menyuburkan budaya tidak sihat di kalangan muda mudi serta boleh menyumbang kepada gejala murtad berluasa




Cik Bunga bukan berniat nak burukkan nama Dato Seri Muhd Ali Rustam pon dengan buat entry macam nie, cume kadang² pendapat orang ramai tu masuk jugak dek akal kalau difikirkan untuk mempertahankan maruah agama ISLAM

 Fikir² kan lah...

10 comments:

ftdanisha said...

Moga kita diberi perlindungan olehNya dan dijauhkan dengan perkara2 begini..

PinKy MoMMa said...

aihh tkt kan..skolah agama lg..
minta di jauhkan..
memang kita jahil tapi jgn la sampai nak kena murtad..islam itu indah =)

Anonymous said...

Selagi pemimpin jenis pemerintah kaki hiburan pasti perkara negatif akan berlaku terus.

Anonymous said...

takut...

nauzibillah...

minta dijauhkan...

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Faztee ~ mudah²an dijauhkan...amin...

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Pink Momma ~ tula kann... yang tak disangka la jadi. Burukkan name semua pihak, tak tau la pe nk jadi. Telok mas tu pon tak jauh da dari umah cik bunga. takutttt :\

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Miss Tira ~ tapi tak tak semua pemimpin macam tu taw... mungkin ade some part je yang die takleh nak control

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Noremy ~ Jauh² kan diri kita jugak taw dear. takutnyerrr -_-)

Kisah Tatie said...

teruknya... takut!

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Miss Tatie ~ kann.. ermmm, sy pon takot gak neyhh +___+)

TOP
Aii, takkan tengok je:)
 

Copyright © 2011 Reserved to ♥.::C i N t ª β u N g ª::.♥