Wednesday, May 4, 2011

Sape dapat jawab, dapat hadiah tuttttt..... :)

Hiii peeps! Hah! pikir hadiah hape la tu kan... aishhh korang neyhh, otak kuning tak habes²...


Oke nie, jom same² kite study balik pasal nie... Sape dapat ingat nie, dia dapat hadiah!!!!
Jeng²...hadiah ape...????




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(hamboiiii...asal dengar hadiah jekk laju korang ekkk, kekeke... statement tu tipu jek taw)


Hadiah sebetolnyer adalah
-
-
-
-
-
-
-



  hadiah yang tak ternilai di dunia & akhirat! InsyaAllah :)

Okeh jom join contest khas buat tatapan muslimin & muslimat, heheh..


Apakah Solat?

Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan
Dari segi syarak, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.


 Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy.

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, maka ia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Solat adalah satu latihan pembinaan kendiri untuk mendapat keredhaan Allah sebagai membuktikan nilai kehambaan yang bersyukur dengan segala nikmat dan kurnia Allah Taala kepada kita. Dengan solat yang dijaga, pembinaan potensi insani menjadi lebih berkesan dan berarah, Insyaallah.

Sebenarnya, bagi makhluk bernama manusia, potensi yang ada pada diri kita ialah akal, jasad dan roh. Peningkatan akal dan jasad memerlukan latihan dan bimbingan tertentu, maka untuk peningkatan roh atau hati insan itu, adalah lebih rumit daripada bahagian-bahagian diri yang lain. Oleh itu, untuk meningkatkan roh dan hati, maka ALLAH telah mewajibkan solat 5 waktu sehari semalam yang jika diperhatikan ianya mirip kepada latihan intensif yang komprenhensif dan bersepadu menginjak pada gerakan yang sama supaya tahap penghayatan optimum dapat dikecapi seterusnya memahami hakitat penciptaan kita sebagai makhluk bertaraf Hamba hanyalah untuk beribadat kepada ALLAH Taala.

Firman ALLAH Taala dalam al~Quran yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. (al-Baqarah, ayat 021)

Solat adalah rukuk Islam yang ke-2. Sebenarnya solat 5 waktu yang difardhukan kepada Ummat Islam mempunyai sejarahnya yang sendiri. Marilah kita menyusuri sejarah setiap solat 5 kali yang kita dirikan sehari semalam itu.

Subuh:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
  • Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
  • Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


Zohor:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
  • Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
  • Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
  • Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
  • Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


Asar:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masukwaktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
  • Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
  • Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
  • Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
  • Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.


Maghrib:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
  • Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
  • Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  • Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.


Isyak:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
  • Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
  • Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
  • Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
  • Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.


Katakanlah: “Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikaian pula) kamu akan kembali (kepadaaNya). (al-A’raf, Ayat 029)




sama² lah kita saling ingat mengingati yerr...



23 comments:

Jay said...

nice info...best sgt dpt tahu benda yg kite tak tahu kan..makin bertambah kuas ilmu pengetahuan yg kita dapat..:)

Invisible Me said...

info menarik.
ingtkn contest pa lar td.
cik bunga jom ke blog sebab kita ada tag cik bunga.

PinKy MoMMa said...

nice entry cik bunga ;)

sama2 memperingati sesuatu yg wajib ;)

Nurfazilah Cipa said...

amboi2 cik bunga balas dndm kt cipa ye?huhuhu~

Cik Cempaka said...

bagus lah info tu..

betul sy sgt suka.. ^^

Cik Cempaka said...

tekejut sy, subuh ada 3 rakaat,rupanya maghrib..akk tertaip subuh kat waktu maghrib.

redzwanie redzmann said...

ske entry mcm nie...:)
bgos la sis kite nie..:)
slalu blog wat sal gosipp je..hehee

Ibnushukran said...

2 contestnya.. hehe
nice info cintabunga.. :)

1 said...

MOGA DIBERKATI ALLAH.

amlyn chuuky said...

terima kasih sebab mengingatkan saya, dan saya akan cuba mengingatkan Cik Bunga. Insyallah.. =)

Dekcik said...

nice entry n info..
hehe..=
^_^

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Jay ~ betol tu jay... kita manusia biasa, kdg² smpai terlupe nak ingat benda nie balik... So kan baik kalau kita sm² ingat mengingatkan :)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

cik fza ~ hehehe... saje jek wat suspen.. orait dear, tenggss tag :)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Pinky Momma ~ yeahh mama, saling ingat mengingati :)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Cipa ~ upss... alamak, cipa terase kew... hahahah :D tak la dear ^^

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Cik Cempaka ~ ahaha... typing error.. haha, okeh da betolkan da ;) tengsss comei!

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

wanie ~ auchhh... hehehe, skali sekala kite ubah topik baru la org tak boring nk singgah. kan? kan? ;)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Ibnushukran ~ ha'ah..contest yg tak penah dibuat org, kekekek :p

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Jahidih ~ Aminn.. Ya Rabbalalaminn :)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Mlyn ~ u'r most welcome dear... tenggss utk kamo jugak :)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Dekcik ~ heheh, tenggs dear.. sharing is caring :)

qucachahir said...

menarik! ;)
thankz for info..dah copy dalam note book =)

putribongsu said...

gud info cik munge. :) kalau cik munge bg adiah bebetul pun ape salahnye.weeeee

TOP
Aii, takkan tengok je:)
 

Copyright © 2011 Reserved to ♥.::C i N t ª β u N g ª::.♥