Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010 Tahniah!!!


Yeay, tahniah buat Melaka bandaraya ku tersayang ^.^ my UNESCO city, mekasih sgt pade MB Melaka Datuk Ali Rustam.. pas die pegang jek jawatan nie automatik segale² berubah menjadi semakin indah n comel² tempat pelancongan kat Melaka.. (nengok ler pulak rakyat² melake, c0mel² uuu) hik..hik..hik...

So, nak taw pe yang dimaksudkan MAJU bagi Melaka tu?? Meh bace sikit petikan yang kitowunk amek dari blog "Cerita Dalam Melaka" nie... mmg stuju sgt point² yg ade!




1) Dulu Melaka berapa ramai yang mempunyai kenderaan?? Hari ini hampir setiap rumah mempunyai kenderaan sekurang-kurangnya motorsikal. Pengusaha bas merungut sekang ni sebab orang tak naik bas lagi.

2) Dulu nak kirim duit, kena pergi pejabat pos antara pukul 8.30 pagi - 4.30 petang jer. Berhari-hari orang sana nak tunggu duit tu. Hari ini tengah malam butapun boleh hantar duit on the spot.

3) Orang cakap kita gile kalau nak makan burger pukul 3-4 pagi. Itu belum lagi kau cakap makanan boleh hantar kat rumah, mau sebulan diaorang gelak kat ko. Hari ini ko pergi je kat mana-mana McD (Ayer Keroh dan Kota Mas) yang ada buka 24jam atau telefon la pizza dan McD untuk penghantaran ke rumah.

4) Dulu kalau orang Alor Gajah nak pergi Jasin, mahu mabuk muntah ijau dengan jalan bengkang bengkok tu. Hari ini tak sampai sejam dah tiba. Orang Muar kerja kat Melaka ulang-alik sebab boleh guna lebuhraya AMJ.

5) Dulu nak hubungi sesiapa kena beratur kat publicphone. Kadang2 ada orang bergayut sesukahati dia. Kita nak telefon 2 minit kena tunggu 2 jam. Hari ini budak sekolah rendah pun dah boleh guna telefon. Bayangkan mengikut perangkaan setiap 1,000 orang Melaka ada memiliki 1,393 buah telefon. Maknanya ada orang Melaka yang ada lebih dari 2 dan 3 telefon.

6) Dulu nak buat operation, kira dah boleh la mengucap. Minta maaf apa yang patut. Hari ini dengan kurniaan teknologi dari Allah, insyaAllah kadar operation berjaya berada di tahap amat memuaskan.

7) Dulu masyaAllah nak dapatkan sebaldi air kena pikul kat sungai atau ceduk air perigi, sekang sambil tidorpun boleh dapat air. 100% penduduk Melaka memperolehi air bersih.

8) Dulu kalau ko sebut Internet atau komputer kat mak bapak kauorang, mahu diaorang ingat kau dah kena sampuk, hari ini anak ko dan ko boleh bincang sistem yang terdapat dalam komputer.

9) Dulu kauorang pernah pikir tak boleh naik tempat tinggi tanpa memanjat pokok?? Hari ini kauorang naik Menara taming sari.. 110 meter. Lebih tinggi dari pokok kelapa.

10) Dulu bila malam, segala macam citer hantu akan timbul dalam otak kita. Dahla pakai pelita je.. jelaga pelita boleh buat hitam taik hidung. Nak keluar rumah malam buta??? jangan buat hal. Tapi hari ini tak cukup lampu putih, lampu warna warni kauorang letak kat rumah. Kalau kat bandar Melaka tu macam siang je ko tengok.

 

(point² kat atas nie xde sebarang tambah² ayat taw, original dari blog "Cerita Dalam Melaka")



Rase² nyer la kan, law kowang diberi peluang untuk jadi rakyat Melaka.. kowunk sume mahu engak?? mesti mau kan!!! eleh²..... malu ler tuuu, hehehe~~ so law kowunk nak, cari lah pasangan owang Melaka jugak yerr. cam de orang tuuuu...~~~

huhuhu....


Jadi, Tahniah lah pada Melaka. Semoga lebih maju jaya.

1 comment:

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

melaka cuti sok, argghhhhhh!!!!! nak jugak =(

TOP
Aii, takkan tengok je:)
 

Copyright © 2011 Reserved to ♥.::C i N t ª β u N g ª::.♥