Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum peeps!

Update untuk Ramadhan xde tetiba je nak wish Hari Raya dah.. Sorry, mak yong tersangat sibuk dengan macam2 tugasan...keje, umah, nak raya, nak bersalin... omegodddd!!!! Nak bersalin dahhh??! How fast! berdebar jantung dibuatnye. To all peeps, doakan semoga Puan Bunga selamat melahirkan ye.mudah mudahan...Amin ya rabbal'alamin... 2weeks after raya ni, tak lama dahhh.. O_o)

Dikesempatan ni Puan Bunga nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, terngumpat tanpa sengaja.


Jumpa lagi di Ramadhan akan datang.. bye ♥

Tuesday, June 4, 2013

Peristiwa Israk dan Mikraj

Assalamualaikum peeps! 

Salam Israk Mikraj C i N t ª β u N g ª ucapkan... jom sama-sama kita hayati peristiwa Israk Mikraj ni... sungguh menyayat hati.. sekali sekala layan kisah Nabi pun agak bermanfaat jugak dari mengadap novel cintan cintun... oppsss sorry, Puan Bunga bukan minah novel pon... ok byep! hehe..


Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati


Sahabat yang dirahmati Allah,Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

01. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

02. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

 
Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.

Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :

"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa 
maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Sahabat yang dimuliakan,

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
*klik gambar untuk tumbesaran*

01. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,

02. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,

03. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

 

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

01. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

02. Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

03. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

04. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

05. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

06. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

08. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

09. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)

Sahabat yang dikasihi,

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)

Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

Wednesday, May 22, 2013

Baby sedu dalam perut ;)

Assalamualaikum peeps!

Skang anak mommy dalam perut makin kerap "bergusti" kat dalam womb taw... sampaikan Puan Bunga tergelak sorang-sorang tengok gelagat perut sendiri yang berombak-ombak.. heheh... Nikmat sungguh pengalaman ni.. hhehe.. Tadi masa tengah khusyuk buat keje, budak kecik dalam perut mommy ni macam kerap sangat gerak.. and terasa macam ade sesuatu yang menendang berulang kali. Macam mane nak cakap ekkk..  Macam degupan jantung kite tapi ni terasa diluar perut... bole paham? urmmm.. xpela, lupekan!

Sambil sambil memikir.. ape la anak mommy ni buat agknye ye.... hurmmm
*terfikirrrr dan terus berfikirrr...........*

Ohhhhh yeeee!! baby ngah sedu kotttt... yessss...! :) 

FAKTA!


Sedu boleh berlaku bermula minggu keenam selepas konsepsi, sekalipun pergerakan pernafasan belum muncul ketika itu. Ini boleh dilihat melalui imbasan ultrasound. Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan.



Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari sebuah Hospital di Paris mengesyaki tabiat tersedu membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan semasa menetek mirip tersedu dengan glotis tertutup rapat bagi mengelakkan susu memasuki paru-paru.



Alo siannyer die sedu nak membesar ye sayanggg.. hehehe... Kononnye ingatkan kalau minum air masak bole meredakan baby sedu, tapi macam tak berkesan jugak.. takkan la haku nak letak tisu or kertas kat perut kot??! buang tebiat ke hape... muahahahaha... Kalau baby da keluar tu lainla citer...

So, Puan Bunga pun mencuba 2nd option untuk meredakan sedu baby 
*sian kat anak mommy ni* ^^,)

Kat ofis Puan Bunga memang setiap masa dengar mp3 surah Luqman & surah Mariam kat lappy... so tetiba rasa macam nak pasang headphone and try letak kat perut. And absolutely memang berkesan! Kuasa Allah :)
Mudah mudahan menjadi anak yang soleh/solehah nanti ye sayang..

Amin ya rabbal'alamin..

*pastu terus lelaju sms kat hubby bagitau pasal ni.. ekeke.. excited mak hokeh!*

"Hubby pon tanye camne kalau baby sedu? takde pape ke?" 

Takde pape la darling... baby sedu nak membesar tuuu :))) baby tersedu dalam rahim tu memang adalah normal...cuma rasa sedikit x selesa bila baby sedu ni...perut berdenyut-denyut gituh, bukan tak selesa sebab ape.. tapi sebab geliiiii... Even gerak gerak pon dah geli tahap gaban, asek tersengih aje. hehehe...

Nak tau camne rupa baby sedu dalam tummy? ha cam video kat bawah ni

contoh baby sedu di dalam kandungan.. comei sangat!!!!!

Cekidaut!

Monday, May 20, 2013

Anggaran berat bayi

Assalamualaikum peeps!

Syukur alhamdulillah... Puan Bunga bakal tamatkan trimester kedua and now counting days untuk memasuki trimester ketiga pulak.. sungguh excited! Keperluan baby pon so far semua dah ready... Baby sex?? urmm.. aaaa....ngeeee.... itu adalah RAHSIA!!! muahahaha.. kejam tak? kejam tak? ekekek...nanti la ye auntie-auntie sume, satu hari nanti akan terjawab jugakk :))

Arini Puan Bunga  nak share pasal berat ideal baby.. cewaahhhhh, hengat korang yang besar tua bangke je ke taw ade berat badan ideal?? baby pon nak okehhhh!..heheh


10 Mei 2013 (Jumaat) lepas Puan Bunga  demam.... >.<) badan panas tak menentu. Tahap kerisauan memang gaban sungguh sampai nak jugak buat scan masa tuh... sok sek sok sekk dgn doctor, baby sihat Alhamdulillah... berat baby 700gram++ okeh... kalau ikutkan average kat atas tu, masa tu Puan Bunga baru 24 weeks so average sepatutnya 670gram je... whoaaaaaa!!!.. baby membesar dengan jayanyaaaa, sungguh diluar jangkaan.. Alhamdulillah.. Otometik demam pon baik! wakakakak... :D



ini la gambar anak kesayangan hamba masa buat 4D scan waktu 22weeks... ekekek.. alolooo tomei anak mommy niii tgh tidoq.. Tak sabarnyeeee nak jumpe kamo sayangggggg..muah muah! ^^,)♥ 


Ok bye, cekidautttt! 

Friday, May 17, 2013

Maksud disebalik ujian scan 2D / 3D / 4D

Assalamualaikum peeps!

Setelah sekian lama.. oke fine.. malas nak celoteh banyak sebab alasan tetap sama... i'm sowieee.. heheh
Since bakal menjadi ibu tak lama lagi, Puan Bunga semakin obses dengan info-info pasal kehamilan... memang banyak yang kita tak tahu sebelum ni, tapi dengan teknologi hujung jari arini jugak kita bole pandai.. hebat kan teknologi skang??! hurmmm...

Oke, nak citer pasal ujian scan.. Seriously after beberapa kali scan Puan Bunga baru terfikir nak google lebey pasal maksud disebalik ujian scan (alaaa... kertas printed yang doc bagi lepas scan tuh) ... Sebelum ni kalau dapat dengan bangganye dok wassup, wechat kat Hubby... family n kengkawan...pastu lastly result tu pon tersemat rapi dalam tempat simpanan... ape details yang terkandung sume tak amek taw sebab masa scan pon doctor dah gtaw details kan. so what for? 
*belagakkkkk !*

Jadi, arini Puan Bunga  nak share la pada mommies or bakal mommy cam saye ni... incase kalau kita nak buat summary tumbesaran baby kite..especially untuk yang nak dapat 1st BABY!!! auwmmmm..
Excited sangat hokeh!

ni dari pakcik google punye, bukan baby i punye result.. heheh ^^,


Okey, ni ha maksud dari ringkasan result yang tersirat dalam kertas hitam putih tuuu..


LMP (last menstrual period):  
hari pertama haid terakhir.

EDD (LMP): 
perkiraan persalinan berdasarkan tanggal menstruasi atau paling senang maksudnya "expected due date"

GA (Gestational Age): 
perkiraan umur kehamilan, pengukurannya berdasarkan pada panjang tungkai lengan, ataupun diameter kepala.

BPD (Biparietal diameter): 
ukuran tulang pelipis kiri dan kanan. Digunakan untuk mengukur janin di trimester dua atau tiga.

HC (Head Circumferencial): 
lingkaran kepala. Digunakan untuk mengukur usia kehamilan di trimester dua atau tiga.

AC (Abdominal Circumferencial): 
ukuran lingkaran perut bayi. Biasanya pengukurannya disatukan dengan pengukuran BPD dan akan menghasilkan perkiraan berat bayi. Digunakan untuk mengukur kehamilan di trimester dua atau tiga.

FL (Femur Length): 
ukuran panjang tulang paha bayi. Digunakan untuk mengukur kehamilan di trimester dua atau tiga.

FW (Fetal Weight): 
berat janin.

EFW (Estimation Fetal Weight): 
perkiraan berat bayi.

FTA (Fetal Trunk Abdominal): 
merupakan panjang badan.

GS (Gestasional Sac): 
merupakan ukuran kantong kehamilan berupa bulatan hitam. Digunakan untuk mengukur kehamilan di trimester pertama.

CRL (Crown Rump Length): 
ukuran jarak dari puncak kepala ke ‘ekor’ bayi. Digunakan untuk mengukur usia kehamilan trimester pertama. Ekor tu maksudnya punggung la ehhh.. jangan terpesong lak ingat anak hapee.. hahah

F-HR (Fetal Heart Rate): 
frekuensi jantung bayi.



 Sharing is caringg.... cekidautttt, bye! :)

Klik sini : Puan Bunga time pregnant 7 weeks... 

Wednesday, February 20, 2013

Cuti-Cuti Cameron Highlands :)


Assalamualaikum peeps!

Camne dengan holiday raya cina hari tu? hopefully dipenuhi dengan keceriaan la ye… heheh… Puan Bunga nak cite sket sepanjang masa bercuti last week. Memang full package lah… pada awalnye Puan Bunga, en husband and family planning nak pegi Kedah Alor Setaq sanaaa…. Hat nun Pendang tu cek oiiii, jauh kemain lagik.. tambah pulak ngah musim orang cuti sekolah raya cina, fuhhh… memang terbaik la perjalanan…Oke, citernye bermula disini....

9 Februari 2013

10.00 pagi
Bergerak dengan tenang keluar dari Melaka sampai ke arah Sungai Buloh. Tapi malangggg. . . . Sungguh menyakitkan KEPALA! JEMMMM dan terus JEMMMM selepas tuh grrrhhh…. Sungai Buloh, Rawang, Tanjung Malim dll.. Cuba bayangkan perjalanan yang bermula pukul 10 pagi dan sampai ke destinasi pon 10 malam… wuiyoooo… macam nak terpatah dua pinggang belakang… paling kesian kat en husband la, dia yang paling lame drive…

10.00 malam
Sampai ke destinasi…rumah akak ipar… sampai jek mandi, makan, tidoqqqq.. krohhh krehhh.. tak ley tahan dah.. esok ade destinasi percutian yang harus dituju ^^,) ke mana??? jeng..jeng...jenggg..hihi


10 Februari 2013

Bergerak shopping ke Padang Besar… kali ni singgah ke sana semua menghabiskan duit shopping baju yang super duper murahhhh!!! Heheh… dah tak pandang jeruk kacang bagai… hihi, ecehhh… eksennn.. heheh… so kalau dikumpul balik semua baju tu bawak jual perghhhh… memang kayo den… kayoooo!!! Heheh… berbaloi-baloi…


11 Februari 2013

Penerbangan pulang bersiap sedia untuk balik ke kampung halaman memandangkan  esok masih cuti, so dengan harapan sampai rumah dapatla berehat… tapi, last minit planning bertukar ke destinasi seterusnyaaaaa…. WHAT???! Ke mana?? Jeng..jeng..jeng… hehehe… Weo’ls bercuti ke CAMERON HIGHLANDS pulakkk…. Gugugugui…… serius macam robot yang tak reti penat kan?? Heheh.. well, nak bercuti bukannye senang… so alang-alang menjolok pekasam kat Perak, biar sampai ke betis… oppsss… hehehe

Sesampai jek kat Cameron pon damnnnnn JEMMMMMM!!!! Sabariah….! Takkan nak turun balik kot, hari pon nak dekat malam… so meneruskan perjalanan segigihnya, pukul 8 malam baru kitorang sampai ke puncak Brinchang.. Syukur Alhamdulillah… Dengan ngantok, lapar, sejukkk, huwaaa… Nak dijadikan cerita lagik, time kitorang sampai memang pack giler ahhh parking situh… naseb baik de saudara Islam yang baik hati bagi ruang niaga dia dijadikan tempat parking kete Ferrari kitowang.. Syukur… Semoga Allah membalas jasa baik beliau. Nak tambah lagik cite tak bestnye, hotel PENUHHHHHh!!! Huwaaa, seyes nak nanges masa tuh +___+)… tapi Puan Bunga ngan en husband gigihkan diri jugak tanya hotel yang de kat situ… finally jumpa jugak hotel yang masih kosong dengan harga yang berpatutan… Alhamdulillah.. Allah itu maha mengasihani kan J

Check in hotel, mandi..solat… turun pegi pasar malam… The Best pasar malam!!! Sebab sangat sejuk…. Hehehe… Shopping, shopping shopping $$$ then naik bilik makan, dan tidooooq… semua keletihan… sebab planning esok ke destinasi strawberi farm & ladang teh pulak.. So sume pon krooohh krehhhhh dengan jayanya tanpa air cond kat bilik.. seyes SEJUK!


12 Februari 2013

Okeh, sume pepagi buta dah bangun kemain eksited… heheh… so pekena roti canai yang tak bape nak sedap, order air lain bagi lain… urghhh.. what everrr… telan jelaaa, laponye pasal… selesai je, berdesuuuupppppp~~~~ pegi ladang strawberi yang sangat yummy… sedappp!!! Mekasih en husband ^^,)) *hugs* settle borong strawberi terus je weo’ls turun pegi ladang teh yang besar giler tuh… tapi tak turun petik pon ye macam iklan pikul bakul tuh, uhuh~ bla..bla.. bla… singgah lak kat tempat jual sayuqqq… memang murah giler, korang yang rasa-rasa nak bukak pasar borong sendiri bole dapatkan supplier kat Cameron ni ha… terbaik! sampai rumah pon still fresh J
sampai akhirnya...

we at ladang TEH... see, the buncit girl :) 

jeruk jambu the favourite of us... 

me, mother in law and mom... heheh... so sweet memory.. time ni ngah sejuk gilerrrr!
husband & wife yg berlakon ala-ala kekanak rebina.. ekekek...


4.00 petang
Bergerak balik… my husband memang HERO.. dia yang drive dari awal sampai akhir, sorry darling.. kite pon ngah mabuk da time tu.. kalau tak bole la take over… huhu…

6.00 petang
Sampai sudah.. keletihann… TIDO =___=)


Ok da cukup, gambar tak ley bebanyak.. bahaya! heheh.. BYE...

Tuesday, February 19, 2013

Happy Birthday Mr Husband! ♥

Assalamualaikum peeps!

Pagi ni pagi yang cukup ceria buat Puan Bunga... Even though today is not my birthday, buttt.. it's My Hubby birthday.... yang sedihnye tak dapat celebrate ngan Hubby..sobbss.... Takpe laling, we will celebrate together this weekend at JB okeh... Can't wait!!!! hehehe....janji semalam dapat call and wish pon dah cukup bermakna sangat dari kita lupa terus.. And Hubby sound is soooo soooo HAPPY! hehehe.. chumel je senyum bile dengar wife nyayi yerkk.. hihi..

*almaklum le suara isteri mcm katak memanggil hujan, ekekek*


To my dearest Husband  
"Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan tubuh badan & dijauhi dari segala jenis penyakit, semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menempuh kehidupan berumahtangga serta dikuatkan iman untuk mengharung segala hasutan iblis dan syaitan. Amin ya rabbal'alamin"

From your Wife forever 
^^,)

Monday, January 21, 2013

yeayyy.... tukar header dah! :)

Assalamualaikum peeps!

Salam senin sumerr.. heheh... arini Puan Bunga berjaya menyelitkan masa rehat sekejap untuk mengupdate belog kesayangan ni... hehehe... Finally, seperti yang dijanjikan... header belog C i N t ª β u N g ª  telah pon bertukar... weppiiiii~~~... Template layout masih dikekalkan sebab rasenye tak perlu kot diubah-ubah selalu... nanti orang tak cam lakk, ekekeke...
*perasan famous sangatttttt.. uwerkkkk!*

BEFORE

ni masa kite bujang-bujang dulu... zaman tunangan oranggg.. bunga-bunga cinta yaww, hehe.. *gedikss!*



AFTER

 yeayyy! I'M MARRIED!!!... and Mommy to be soon.. Alhamdulillah... Syukur :)



Tak sampai pon 5 minit dok adjust header ni, hehehe... memang kegemaran sungguh dok main photoshop  ^^,) Next... gambar header pasti bertiga pulak kan.... ngeee.. x sabarrrr :)))

Tata... jangan lupa lunch oke uol's..


Thursday, January 10, 2013

7weeks 4 days :)

Assalamualaikum peeps!

Salam Khamis yang indah.... arini Puan Bunga nak share cite semalam sewaktu pegi scan as doctor dah pesan.. So dengan berkobar-kobar walaupun dada terasa semput nak berjalan kaki ke klinik.. pape pon, untuk baby tomei lote ni Ibu sanggup jeeee hokeh! heheh...

Doktor : Haiii... so congratulations on ur pregnant!
*terkezutttt mak... masuk2 jek doktor cakap camtuh.. macam ala-ala "SURPRISEEEEE" hehe...*

ME : hehehe... thanks doktor ^^,)

Doktor : Oke arini kita akan buat scan kat perut untuk cek usia kandungan baby ye

ME : (keep smiling & blushing tersipu-sipu macam kerang busuk..wakakak)


Baring, dan bukak baju.. Eh no! angkat baju sket jekkk... hehehe... Krohhh, krohhh... rasa macam nak tertido jek time nih sebab gel tu sejuknyeeeeeee.....besh! hehehe




Doktor : Haaa... nampak tak yang berkelip-kelip tu..

ME : berkelip-kelip? mane doktor? mane?? O_o)

Subhanallah..... comelnyeeeeeee......^^,)




ME : ha nampak-nampak.... hehehehe..... comelnyeee... :)


Doktor : Haah, tula jantung anak awak... masih kecil lagi... Alhamdulillah, kandungan pon dalam keadaan baik sebab berada dalam rahim.

ME : Alhamdulillah... *wink2*
*so cute my dear baby, Ibu tak sabar nak tengok pembesaran kamu seterusnya.. healthy growth ye syggg*



Doktor : Ok.. u nak gambar ke?

ME : eh, of course la nakkkkkkkk..... doktor print pelisssssssss... (oh, tidakkah terlalu over haku?)


Selesai je scan doktor timbang berat... Oke fine, berat dah naik +__+) Doktor pon dok gelak aku cakap berat sebelum ni bape... sebelum ni tak penah cecah angka tu ponn.. homaigoooot! Tapi keranamu BABY, Ibu tak kesah pon hoke... heheh... EDD AUGUST 2013........ dengan harapan dapanlah bertahan sampai 31 OGOS 2013... MERDEKA!!!! MERDEKA!!!! MERDEKA!!!! hahahah.... verangannn.. so nak jalan pon kene kepit-kepitla taknak bagi kuar dulu?? ekekekek.. :)

So lepas kuar je dari klinik terus whatsapp kat hubby gambar scan... awwww... cam tak caya je tengah hantar gambar anak sendiri dalam perut... aloooo shumel-shumelll....... i'll take care baby sebaik mungkin ye darling.... lebiu more and more, tak sabar nak jumpa this weekend! ♥





Tuesday, January 8, 2013

Buku PINK!


Assalamualaikum peeps!

BUKU PINK a.k.a BUKU IBU MENGANDUNG

Comel kannn, pink gituhh.. hehehe... Okey, let's share tips untuk bukak buku pink untuk ibu-ibu mengandung. Btw, Puan Bunga yang ober ni pon belum buat lagikk.. tapi de hati nak bagi tips kat orang. hehehe.... InsyaAllah, this coming Friday ade dah buku PINK! yarebahhhhh~~~ 
*untuk mereka-mereka yang dah disahkan pregnant jek taw, kang tak pasal-pasal kene penampo ngan nurse lak* 
Anak-anak dara yang belum kawen pun boleh baca...entri ni sesuai untuk tatapan mata umum.
*thanks pakcik google, bagi ijin copy gambar... hehehe*

Pertama sekalinya kita kena tahu kenapa kita kena bukak pink. Apa kebendanya buku pink buku pink yang selalu bakal-bakal ibu dok sebut-sebut ni.


Buku pink adalah buku rekod kesihatan untuk ibu-ibu yang mengandung. Sebaik sahaja kita disahkan pregnant, kita dah boleh pegi daftar diri kat mana-mana klinik kesihatan/desa yang berdekatan dengan rumah kita. Kalau boleh hari ni sah mengandung, esok pegi la serbu klinik kesihatan terdekat dah. Bukan apa, baik untuk diri kita and baby jugak sebab doktor boleh pantau kesihatan kita lebih awal :)


TIPS-TIPS BUKA BUKU

1. Datang ke klinik kesihatan atau klinik desa yang berdekatan rumah.

Lagi dekat lagi bagus sebab nanti masa dalam pantang, nurse-nurse dari klinik tempat kita daftar ni la yang akan datang melawat kita kat rumah untuk pantau kesihatan kita and baby dalam pantang nanti. So Puan Bunga prefer untuk buat kat Klinik Kesihatan, Ujong Pasir Melaka. 
*sanggup amek cuti okeh sebab nk register kat MELAKA! heheheh*

2. Bawa dokumen yang diperlukan

Datang klinik tu jangan datang melenggang kangkung ye kawan-kawan. Sila datang dengan dokumen lengkap. Kalau tak lengkap, silap-silap nurse tu suruh balik je..datang semula esok. Kang penat badan je cenggitu.


Dokumen yang perlu dibawa adalah:

- 2 salinan sijil nikah
- 2 salinan kad pengenalan isteri
- 2 salinan kad pengenalan suami
- gambar berukuran paspost suami dan isteri (2 keping setiap seorang)


3. Datang awal

Biasa klinik ni bukak jam 8 pagi. Jadi jam 7 pagi tu elok la kamu-kamu terpacak dah depan pintu klinik. Macam kat klinik Bebuloh yang aku pegi tu, kul 7 pagi tu diorang dah bukak dah pintu, jadi kita dah boleh masuk amik nombor giliran dan duduk la diam-diam sampai nama kita dipanggil.

Kalau terasa nak datang lambat pun boleh jugak, tapi melangut lama sikit la kat klinik tu nanti. Silap haribulan nombor giliran pun abis dah. hehehe...


4. Berterus terang dengan nurse bila nurse tanya soalan-soalan tentang diri kita.

Nurse biasanya akan soal macam-macam soalan.

Kita merokok ke tidak, husband merokok ke tidak, keturunan kita ada penyakit berbahaya macam kencing manis, darah tinggi etc ke, alahan ada ke tidak, kalau ada, alahan yang macam mana, pemakanan kita macam mana? Ada minum susu ke tidak, ambil apa-apa suplemen ke tidak...aiiiii pendek kata jawab je semua soalan dengan jujur dan arif lagi bijaksana. Jangan sembunyi-sembunyi takut akan efek pada laporan doktor nanti. Kalau nampak macam nurse tu marah-marah kita ke hapa...kita diam je la. Ada la sebab dia membebel tu. Huhu.


5. Jangan malu jangan segan.

Hahaha..aku sendiri pun malu bila part ni. Tetiba ada satu masa tu nurse suruh aku baring atas katil yang disediakan.

Mula-mula dia check mata.

Lepas tu dia check jari tangan. Tengok-tengok kot-kot dah mula bengkak ke tidak agaknya.

Lepas tu dia check kaki. Dia tanya ada urat-urat yang mula timbul ke tidak. Aku pun tak pasti kenapa dia nak tahu tentang urat ni. Aku jawab takde. Kaki aku pun memang susah nak nampak urat sebab terlebih isi. Haha.

Pastu ni part paling segan.....dia suruh bukak bra. Haha. Nak tengok breast kita sesuai atau tak untuk menyusukan baby. Merasa la kena pegang breast dek nurse tu. Oppsss! Kemudian dia check perut. Nurse tekan-tekan sikit mungkin nak cari kedudukan baby. 

6. Alert dengan temujanji seterusnya

Sepanjang pemeriksaan tu nanti nurse tu memang akan bebel-bebel manjang. Macam-macam dicakapnya. Jadi kena alert takut terlepas pandang the next appointment. Biasa awal-awal ni memang banyak appointment. Nak kena amik darah la, nak kena check gigi la, kalau kandungan ada masalah..ha merasa la appoitment lagi. Tapi kalau semua dah okey appointment cuma sebulan sekali jek. Dah hujung-hujung nanti baru kerap sikit.


7. Simpan buku pink di tempat yang selamat.

Lepas dah selesai semua, balik la ke tempat asal memasing. Buku rekod kesihatan kita tu tadi sebenarnya ada dua, satu untuk simpanan kita, satu untuk simpanan klinik. Jadi yang untuk simpanan kita tu simpan la baik-baik di tempat yang selamat dan mudah diingat. Sebab bila ada pape emergency, kena gegas ke klinik atau hospital, buku tu la yang nak kena kita hangkut sama. Pastikan suami sama tahu kat mana kita simpan buku tu. Nanti bila dan panik-panik sakit tu memang takde kuasa kita nak ingat kat mana kita letak. Pandai-pandai la suami yang cari.

sumber dari : Kak Yongnana :)


Okehhh.. verangan jap nak baby chumel cenggini.... aummmm, comelnyeeeee >.<)



Sunday, January 6, 2013

C i N t ª β u N g ª blogspot is going back to active!

Assalamualaikum w.b.t....

Kerinduan yang amat sangat kat blog C i N t ª β u N g ª and peeps sekalian... Lame rasenye tak bebel panjang-panjang since Cik Bunga migrate to Puan Bunga kan...kan...? hehehe... rasenye korang yang dari bujang and yang baru berumahtangga mesti mengalami situasi yang sama kan... Of course masing-masing akan men'sibuk'kan diri bersama hubby and wife memasing... sampaikan tak dan nak update FB, tak dan nak update blog bagai.. kann, kann... tapi tu untuk 1 hingga ke 3 trimester, tak gituh??! 
*ecehhhh... macam orang pregnant lak bertrimester-trimester... ekekek...almaklumla. . ..  . *

Okeh, untuk first activation C i N t ª β u N g ª will change their header soon... And the content mayb akan jauh terpesong dari entry post yang sebelum ni... haaaa, sebab hapeee? sebab lepas ni entry akan lebih kepada sharing tips ala-ala keibuan, and pasal-pasal baby gituuu... awwww...
*tolong tampar! macam tak caye jek nak post pasal tuhhh.. muda lagi kotttt. heheh*

Dan kisahnya bakal bermula disini... weehuuuuu~


Stay tuned :)

TOP
Aii, takkan tengok je:)
 

Copyright © 2011 Reserved to ♥.::C i N t ª β u N g ª::.♥